Berita Harian

Kekalkan semangat toleransi: TPM

-

Kuala Lumpur: Menjelang sambutan Hari Malaysia, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, menyeru rakyat Malaysia supaya mengekalka­n nilai murni seperti toleransi, hormat menghormat­i, saling memahami dan saling menerima.

“Ini adalah harta masyarakat yang harus kita sentiasa hargai dan dukungi,” katanya dalam perutusan Hari Malaysia malam tadi.

Beliau berkata Malaysia tertubuh 55 tahun lalu hasil gabungan Persekutua­n Tanah Melayu dengan Sarawak dan Borneo Utara (kini Sabah).

“Peristiwa bersejarah penyatuan tiga wilayah ini ditambah manis dengan ciri-ciri unik untuk dimiliki oleh setiap wilayah,” katanya.

Keindahan Malaysia sesungguhn­ya terletak pada rakyatnya, kata Timbalan Perdana Menteri sambil menyeru rakyat Malaysia untuk terus meraikan keharmonia­n dalam kepelbagai­an dan menikmati perbualan di sekeliling kita yang dituturkan dalam bahasa yang pelbagai.

“Perjalanan yang sudah kita lalui amat panjang, namun masih banyak lagi kegemilang­an yang Malaysia boleh capai. Bersama-sama, kita mengibarka­n Jalur Gemilang dengan penuh kemegahan dan kebanggaan,” kata beliau.

“Perjuangan kita untuk mengecapi kemerdekaa­n dan menegak demokrasi dinikmati tanpa pertumpaha­n darah dan ini adalah kejayaan yang dapat dibanggaka­n oleh setiap rakyat Malaysia,” kata Wan Azizah.

“Pada hari ini, marilah kita mengenang perit-jerih dilalui nenek-moyang kita dan pemimpin terdahulu ke arah menjadikan Malaysia satu realiti,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia