Berita Harian

PRK Port Dickson medan uji populariti Anwar

-

Motif sebenar Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih Port Dickson atau lebih popular dirujuk dengan nama PD sebagai platform untuknya kembali semula ke Parlimen, hanya dirinya atau individu tertentu yang tahu.

Yang semua orang tahu adalah bakal Presiden PKR itu adalah juga bakal Perdana Menteri dua tahun lagi, jika apa yang disepakati dalam kalangan parti Pakatan Harapan (PH) dipersetuj­ui.

Modal Anwar bakal Perdana Menteri juga antara yang bakal dilaungkan PH sepanjang tempoh kempen pilihan raya kecil (PRK) PD yang pasti akan ada pertembung­an, sama ada dengan UMNO atau wakil dari lain parti.

Jika UMNO, MIC atau parti lain dalam gabungan Barisan Nasional (BN) enggan meletakkan calon, PAS sudah pun memberi jaminan tidak akan membiarkan Anwar menang percuma.

Jangan ambil mudah kuasa rakyat

Atas kertas, banyak pihak yakin pemilihan PD untuk dijadikan tempat ‘berlabuh’ Ketua Umum PKR itu tidak akan berdepan masalah, namun kuasa rakyat jangan sekali-kali diambil mudah.

Malah, ada pemimpin PKR sendiri tidak begitu pasti dengan peluang di kawasan peranginan berkenaan, mengakui percubaan Anwar itu ada risiko dan mungkin boleh berakhir dengan kekalahan.

Memetik laporan sebuah portal, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dilaporkan memberi amaran sedemikian, mengingatk­an bahawa PD bukan kerusi selamat untuk bakal presiden mereka kembali ke Parlimen.

Peringatan beliau itu berdasarka­n keputusan beberapa pilihan raya lalu di kerusi berkenaan yang merekodkan 75,212 pengundi berdaftar dengan taburan pemilih Melayu serta bukan Melayu agak seimbang.

Mungkin strategi ‘pengurus kempen’ Anwar adalah kehadiran 33 peratus pengundi Cina dan 22 peratus pengundi India untuk menjana kemenangan, di samping sebahagian daripada 43 peratus pengundi Melayu memberi sokongan.

Namun, jika calon dipertaruh­kan UMNO atau lawan lain nanti diterima pengundi PD, peluang untuk membuat kejutan tetap ada atau sekurang-kurangnya dapat menipiskan undi majoriti.

Ia tidak mustahil kerana pada PRU 2008 dan 2013, kekalahan BN di kawasan terbabit yang ketika itu dikenali dengan nama Teluk Kemang, dikatakan kerana rasa tidak puas hati orang UMNO apabila MIC enggan beralah walaupun ada ramalan mereka sukar menang.

Sentimen rakyat tolak BN pada PRU-14

Mei lalu pula, sentimen rakyat pada PRU-14 terlalu kuat untuk menyaksika­n BN dan pemimpinny­a ditolak di seluruh negara dan akhirnya menyaksika­n PH berjaya menguasai Putrajaya.

Bagi PRK untuk Anwar tidak lama lagi, sikap pengundi mungkin sudah berubah dan tidak mustahil mereka memberi peluang kepada parti selain sekutu PH mengisi kerusi wakil rakyat di situ.

Kemungkina­n itu mungkin bertambah jika PKR serta PH terlebih yakin mereka boleh mendapat laluan mudah.

Ditambah lagi, ada juga cakapcakap pengundi dari kem askar di PD kecewa apabila penyandang wakil rakyat, Datuk Danyal Balagopal Abdullah, juga bekas pegawai tentera mudah melepaskan jawatan dalam apa yang dilihat mereka sebagai tindakan ‘khianat’.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia