Berita Harian

Perwakilan beri ‘lampu hijau’ jalin kerjasama

Ajak ahli sokong pemimpin zahir ‘taawun siyasi’ demi Islam

-

Jika nada beberapa perwakilan PAS dijadikan ukuran awal terhadap momentum penerimaan kerjasama parti itu bersama UMNO, maka isyaratnya cenderung kepada menjadikan episod baharu itu satu kenyataan.

Membahaska­n ucapan dasar presiden sempena Muktamar PAS ke-64 di Stadium Tertutup Gong Badak di sini, semalam, beberapa perwakilan dilihat memberi ‘lampu hijau’ ke arah memakmurka­n kerjasama PASUMNO.

Nada dilontarka­n secara lunak, dengan masing-masing mengajak seluruh ahli PAS berlapang dada memberi sokongan kepada pimpinan parti menzahirka­n ‘taawun siyasi’ atau saling menolong demi kelangsung­an Islam dan umatnya. Dr Zamri Zainudin

Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan yang mewakili negeri itu, Datuk Hassan Mahmood, berkata masanya sudah tiba bagi penyokong PAS mendamping­i UMNO sebagai tanda sokongan tanpa mengira beragama Islam atau sebaliknya.

Perlu sokongan semua

Katanya, UMNO memerlukan sokongan Islam susulan pencapaian buruknya pada Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU-14).

“Kita mesti dampingi orang UMNO yang sudah pecah kapalnya, supaya mereka bersama dengan kita pada PRU akan datang. Mereka (UMNO) bukan saja perlukan sokongan orang Islam, tetapi juga bukan Islam.

“Dalam hal ini, kita mesti yakin perjuangan ini tidak boleh dikalahkan oleh sesiapa pun. PAS mungkin kalah pada PRU lalu, namun per- juangan perlu diteruskan,” katanya.

Pembahas Selangor, Dr Zamri Zainudin, berkata PAS Selangor sedia bangkit daripada ‘luka dan cedera’ untuk menerima arahan strategi politik baharu daripada pimpinan tertinggi parti.

“Dengan taawun siyasi atas nama kesatuan ummah ini, kita harap nasib rakyat yang ditindas selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi PRU-14 lalu dapat dibela,” katanya.

Pembahas Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Lau Chin Chua, berkata walaupun muafakat PAS dan UMNO mendapat restu ahli, pucuk pimpinan parti masih perlu berhati-hati dan mengelak daripada terjebak dengan pemimpin rasuah hingga mengkhiana­ti kepercayaa­n rakyat.

“Kita kini berbaik dengan UMNO, MCA dan MIC, namun kita perlu ingat, UMNO rebah kerana ada pemimpinny­a tidak amanah dalam menjalanka­n tanggungja­wab dan banyak terbabit rasuah.

Usah bela jika buat salah

“Kita boleh berbaik dengan mereka (UMNO) tetapi jangan bela sekiranya mereka buat salah,” katanya.

Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah, mahu taawun siyasi PAS-UMNO diberi tumpuan dan dilaksanak­an berasaskan Islam dengan kembali kepada alquran dan Sunnah sebagai pengikat kelangsung­an Islam.

“Berilah sokongan kepada pemimpin kita untuk memastikan taawun siyasi dapat direalisas­ikan dengan baik. Pada PRU akan datang, kita perlu pastikan pertanding­an satu lawan satu demi menjamin kemenangan,” katanya.

 ?? [FOTO GHAZALI KORI /BH] ?? Antara perwakilan yang hadir pada Muktamar PAS Ke-64 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, semalam.
[FOTO GHAZALI KORI /BH] Antara perwakilan yang hadir pada Muktamar PAS Ke-64 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia