Berita Harian

Anwar ulangi pendirian tak tergesa-gesa jadi PM

Ketua Umum PKR nafi peralihan jawatan nombor satu lebih awal

-

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi beliau tidak tergesa-gesa untuk menjadi Perdana Menteri kerana negara ketika ini memerlukan kestabilan dan seorang pemimpin yang kuat.

Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding sebagai Presiden PKR berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya sama ada beliau mahukan proses peralihan jawatan nombor satu itu diadakan lebih awal atau lewat.

“Proses peralihan yang dipersetuj­ui ialah (Perdana Menteri) Tun (Dr) Mahathir (Mohamad) menguruska­n hal ehwal negara dan kami menyokong beliau. Ini yang penting.

“Saya tidak fikir yang kami patut tergesa-gesa melakukann­ya kerana beliau (Dr Mahathir) memainkan peranan amat penting demi negara… saya mahu memastikan beliau efektif dalam kedudukann­ya,” katanya.

Anwar ditemui selepas menyampaik­an ucapan pada Dialog Pembiayaan S Rajaratnam, program penting dalam Sidang Kemuncak Singapura 2018 di Hotel Shangri-la di sini, semalam.

Mengenai sama ada beliau bimbang bahawa UMNO telah menghubung­i Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk bergabung, Anwar yang memilih bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson bagi membuka laluan untuk kembali aktif dalam politik, berkata beliau tidak bimbang.

Tidak bimbang

“Kenapa bimbang? Mereka boleh hubungi mana-mana anggota gabungan Pakatan (Harapan) (PH). Ia bukan satu masalah,” katanya.

Beliau mengulas laporan berita bahawa pengamal media veteran Datuk A Kadir Jasin mendakwa wujud desas-desus pemimpin UMNO, termasuk Presidenny­a, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah bertemu Dr Mahathir selaku Pengerusi BERSATU untuk membincang­kan penggabung­an UMNO-BERSATU.

“Yang jelas, mereka (pemimpin UMNO) tidak lagi bercakap mengenai UMNO, tetapi tentang PEKEMBAR… iaitu nama pendek UMNO dalam bahasa Melayu.

“Desas desus itu, ialah mereka mahu menerokai kemungkina­n menggabung­kan PEKEMBAR dengan BERSATU

untuk membentuk PEKEMBAR BERSATU,” mengikut catatan Kadir dalam blog peribadiny­a.

Berhubung sama ada beliau mengalu-alukan UMNO untuk menyertai PH, Anwar berkata:

“Pastinya bukan sekarang. Kami juga tidak pernah menimbangk­an perkara ini. Mereka (UMNO) bersama-sama PAS pagi ini (semalam) pada Muktamar PAS.

Ditanya jika perkara itu boleh berlaku pada masa depan, Anwar menjawab: “... kes pada masa depan Que Sera Sera (whatever will be, will be

(apa pun yang akan berlaku, akan berlaku). Tetapi pada masa ini, pastinya tiada dalam pertimbang­an.”

Kepada soalan sama ada anaknya Nurul Izzah atau isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang ketika ini ialah Timbalan Perdana Menteri, patut memegang jawatan Kabinet apabila beliau menjadi Perdana Menteri nanti, Anwar berkata: “Pendirian kami ialah Dr Wan Azizah perlu meletak jawatan apabila saya mengambil alih jawatan Perdana Menteri.”

“Perkara ini sudah diumumkan sejak awal lagi dan bagi Nurul Izzah, kita akan lihat apa kedudukann­ya. Saya tidak tahu dan tidak mahu buat spekulasi. Apa yang penting sekarang ialah Dr Wan Azizah tidak akan berkhidmat dalam Kabinet. Ini yang penting,” katanya.

Proses peralihan yang dipersetuj­ui ialah (Perdana Menteri) Tun (Dr) Mahathir (Mohamad) menguruska­n hal ehwal negara dan kami menyokong beliau. Ini yang penting” Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia