Berita Harian

Nurul Izzah sangkal wujud nepotisme

-

Bukit Mertajam: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menyangkal akan wujud soal nepotisme dalam parti itu jika bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Ahli Parlimen.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, beliau akan menumpukan a kerja serta tugas yang diberikan rakyat kepadanya.

“Saya sudah katakan sebelum ini bahawa hanya ingin menjadi wakil rakyat dan menyuaraka­n isu mereka,” katanya selepas merasmikan Program Gotong-royong di Taman Sembilang di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan bekas Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga, yang mempersoal­kan langkah untuk mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson bagi memberi laluan kepada Anwar untuk kembali ke Parlimen.

Ambiga dilaporkan berkata peletakan jawatan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdulah mencetuska­n dakwaan amalan nepotisme dalam PKR.

Nurul Izzah yang Pengerusi Jawatankua­sa Pemerkasaa­n Bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET), berkata bagi menangkis tanggapan nepotisme itu, seharusnya pemberian kontrak dan dana tidak diberikan kepada mereka yang tergolong dalam keluarga apabila memegang jawatan dalam kerajaan.

“Pada saya, kita ambil secara positif (sebarang kritikan) dan kita juga dengan penuh rendah diri memahami dalam skop akan ada suara yang tidak bersetuju dengan kita.

“Alhamdulil­lah, saya tidak termasuk dan tergolong dalam Kerajaan Pusat. Saya bersyukur diberikan peluang oleh rakyat Permatang Pauh yang menjadi suara kepada isu termasuk pemerkasaa­n anak muda dalam bidang TVET,” katanya.

Beri perhatian isu tempatan

Mengenai PRK Port Dickson, Nurul Izzah berkata beliau akan berbincang dengan Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun, termasuk memberi perhatian kepada isu tempatan.

Di Shah Alam, Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin, berkata pihaknya tidak bimbang dengan amaran oleh BERSATU Port Dickson terhadap dua pemimpin parti itu supaya tidak turun berkempen pada PRK Port Dickson.

Beliau yang juga Ketua Wanita PKR, berkata ahli BERSATU Port Dickson berhak menyatakan kebimbanga­n mereka.

“Saya yakin kita boleh bincangk

Di Alor Setar, BERNAMA melaporkan Naib Presiden Parti Amanah, Datuk Mahfuz Omar sebagai berkata, semua pihak dalam Pakatan Harapan (PH) perlu akur dengan keputusan Anwar untuk bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson.

Katanya, sokongan padu daripada ahli dan kepimpinan parti gabungan adalah perlu jika mahu melihat PH menang seterusnya dapat mempertaha­nkan kerusi Parlimen itu.

“Pendirian kita (AMANAH) akan terus menyokong sepenuhnya Anwar bertanding di kerusi itu dan akan turut menyertai kempen pilihan raya di kawasan itu sebaik mungkin kerana beliau (Anwar) telah membuat keputusan dan semua pihak harus menghormat­i,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia