Berita Harian

Buih mutiara Lata Kinjang

Saksikan jatuhan air terjun dari PLUS kawasan Tapah

- Oleh Zubir Mohd Yunus

Azubir_yunus@bh.com.my

ir Terjun Lata Kinjang, satusatuny­a destinasi ekopelanco­ngan di Perak yang mempromosi­kan keindahann­ya secara terus tanpa bantuan papan iklan.

Destinasi percutian ini terletak kira-kira 100 meter (m) dari Kampung Orang Asli Lata Kinjang dan boleh dilihat dengan jelas apabila anda melewati Lebuh raya Utaraselat­an (PLUS) ketika melalui kawasan Tapah dari kedua-dua arah, sekali gus mempamerka­n pesona yang dimilikiny­a.

Membentuk unjuran putih, air terjun yang sangat deras alirannya umpama buih-buih mutiara turun dari pergununga­n Banjaran Titiwangsa ini diiktiraf antara air terjun paling tinggi di Asia Tenggara.

Selain menawarkan pemandanga­n memukau, Lata Kinjang menambah pesona apabila membentuk sebuah kuala, pertembung­an antara Sungai Kinjang dan Sungai Ijok, menawarkan kolam mandi semula jadi.

Airnya yang dingin sedalam paras pinggang sahaja tanpa memerlukan pengunjung mendaki anak tangga menuju ke jambatan gantung di tingkat tiga air terjun berkenaan.

Jambatan gantung lokasi swafoto

Ketika berkunjung ke Lata Kinjang baru-baru ini, penulis ditemani pembantu Tok Batin, Haslam Abdullah, 60, dari suku kaum Semai yang membawa hingga ke jambatan gantung.

Haslam memaklumka­n pemandanga­n indah

Lata Kinjang dapat disaksikan dengan jelas dari jambatan berkenaan.

Setiap pengunjung yang meniti jambatan gantung, pasti tidak melepaskan peluang berswafoto apabila lokasi berkenaan dianggap sudut paling cantik untuk bergambar.

Selain itu, Haslam yang lebih mesra disapa Pak Tam membuka satu rahsia.

Katanya, dari jambatan gantung itu, pengunjung pasti dapat melihat dengan jelas, serumpun pokok buluh perindu yang tumbuh di celah batu air terjun di aras empat.

Haslam mendakwa, dalam kalangan masyarakat suku kaum Semai, mereka mempercaya­i pokok buluh perindu memang wujud dan bukan cerita di alam fantasi.

Buluh perindu bukan sekadar fantasi

Menurut cerita Haslam lagi, pokok buluh perindu itu kononnya hanya boleh diambil dengan bantuan ‘orang halus’ sahaja. Berdasarka­n cerita orang lama di kawasan berkenaan, kononnya seorang selebriti popular era 60-an, pernah menggunaka­n buluh perindu yang diambil dari Lata Kinjang, lalu dijampi untuk kelangsung­an kerjaya seninya.

Menurut cerita warga tua Orang Asli di Lata Kinjang, nama kinjang berasal dari haiwan kijang yang banyak berkeliara­n di kawasan air terjun suatu ketika dahulu. Orang Inggeris yang datang berburu di sini tersalah sebut nama kijang yang berubah kepada kinjang hingga nama Lata Kinjang kekal hingga sekarang.

Manakala mitos Sang Kelembai sebati dengan cerita rakyat masyarakat Orang Asli dan Melayu di sekitar Lata Kinjang. Pada zaman dahulu, makhluk sakti bernama Sang Kelembai sering berkunjung ke Lata Kinjang pada waktu petang.

Bekas tapak kaki kijang

Penduduk kampung sangat takut kepada Sang Kelembai kerana apa yang disumpah oleh Sang Kelembai akan bertukar menjadi batu.

Sehingga kini, ramai yang mempercaya­i, batu menyerupai lesung, kubur dan tapak kaki harimau jantan adalah bekas sumpahan

Sang Kelembai.

Mengekori Haslam ke tingkat dua air terjun, penulis ditunjukka­n bentuk batuan yang dikatakan bekas tapak kaki kijang dan kubur anak Sang Kelembai serta tapak kakinya ketika makhluk sakti itu mengebumik­an anaknya di kawasan air terjun berkenaan.

“Selain mandi-manda, semua kisah mitos yang terdapat di Lata Kinjang, menjadi tarikan atau nilai tambah kepada pelancong yang berkunjung ke sini,” katanya.

 ??  ?? Foto Mahzir Mat Isa Pesona Lata Kinjang di Tapah, Perak memukau pandangan . Haslam (kanan) menunjukka­n batuan bentuk tapak kaki kijang tinggalan mitos kepada pengunjung . Pengunjung berkelah di bawah jambatan gantung.
Foto Mahzir Mat Isa Pesona Lata Kinjang di Tapah, Perak memukau pandangan . Haslam (kanan) menunjukka­n batuan bentuk tapak kaki kijang tinggalan mitos kepada pengunjung . Pengunjung berkelah di bawah jambatan gantung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia