Peminat pertahan imej Bingbing
Anggap aktres China tidak abai tanggungjawab sosial
Aktres paling mahal China, Fan Bingbing yang menghilangkan diri sejak Julai lalu, berada di kedudukan tercorot dalam kad laporan senarai selebriti A-list dalam kategori tanggungjawab sosial. tanggung jawab sosial yang dilakukan bagi menilai semua selebriti berkenaan tetapi tidak memperincikan lebih lanjut.
Peminat kurang senang
Berita buruk mengenai Bingbing itu menimbulkan rasa kurang senang di kalangan peminatnya yang mempertahankan bintang kesayangan mereka itu.
“Ini laporan apa? Fan sudah banyak melakukan kerja murni sebelum ini!”, tulis seorang netizen di Weibo.
Sementara itu, Bingbing yang biasanya aktif memuat naik mengenai aktivitinya di akaun Weibo, terus mendiamkan diri sejak Mei lalu.
Masalah bermula selepas bekas penyampai televisyen China Central Television (CCTV), Cui Yongyuan menerusi Internet membongkar beberapa kontrak yang memberi bayangan Bingbing menerima bayaran ‘duit kopi’.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh studio Bingbing mengatakan dia adalah mangsa fitnah tetapi tidak mempertikaikan kesahihan dokumen didedahkan oleh Cui.
Bingbing adalah seorang aktres, model penerbit televisyen dan penyanyi pop. Dia mula menjadi terkenal di Asia Timur pada 1998-1999 dalam siri TV,
Pada 2003, dia membintangi
yang muncul sebagai filem China dengan perolehan pendapatan tertinggi.