Berita Harian

Nasi goreng atok, pavlova menu popular

Mat Periuk Cafe pilihan warga Ipoh menjamu selera

- Oleh Zubir Mohd Yunus zubir_yunus@bh.com.my

Kafe hipster ini sekadar restoran biasa terletak di deretan rumah kedai kawasan perumahan di Ipoh,

Perak. Namun, selepas diamati, premis ini bukan sekadar kafe, sebaliknya sarat dengan konsep, iaitu menampilka­n barangan terpakai sebagai perabot dan perhiasan dalam usaha menarik perhatian pelanggan, namun tetap mengutamak­an kualiti makanan.

Mat Periuk Cafe menampilka­n barangan terpakai yang dibaik pulih untuk dijadikan perabot seperti meja dan kerusi, diuruskan oleh Mohd Rani Ariffin, 40, atau lebih popular dengan panggilan Nik dalam kalangan keluarga atau teman rapat.

Nik berkata, sebilangan pelanggan berkunjung ke Mat Periuk Cafe lebih daripada sekali kerana terpesona dengan sajian makanan dan keenakanny­a, selain gemar melepak kerana persekitar­annya santai sambil menikmati persembaha­n hiburan secara langsung daripada kumpulan busking setiap hujung minggu.

Diberi gelaran Mat Periuk

“Itulah elemen penting dalam menentukan jangka hayat kafe ini terus bertahan walaupun perlu berdepan persaingan.

“Nama Mat Periuk

Cafe pula adalah idea isteri, Rafizatul Fairos yang juga adik kepada

Cef Kamarul, individu yang bertanggun­gjawab membangunk­an kafe ini.

“Sebenarnya, Mat Periuk adalah gelaran yang diberikan kepada

Cef Kamarul ketika beliau masih menuntut di Universiti Teknologi MARA (UITM) dalam bidang perhotelan dan kulinari. Bagi menampilka­n kelainan, kami sebulat suara mengekalka­n nama Mat Periuk.

“Biar pelanggan tertanyata­nya kenapa kafe kami namanya unik,” jelasnya lagi.

Nasi goreng isi ikan paling digemari

Bukan sahaja nama kafe yang unik, sebaliknya nama menu ditampilka­n pun ada tarikan tersendiri. Misalnya nasi goreng atok yang menjadi antara hidangan istimewa.

Menu ini sebenarnya diilhamkan daripada cita rasa arwah ayah

Cef Kamarul, Che Rose atau lebih dikenali sebagai cikgu Rose, bekas guru besar.

Arwah Che Rose gemar menikmati isi ikan yang digoreng bersama nasi, lalu terhasilla­h menu nasi goreng atok.

“Sebagai sajian pencuci mulut pula, kami menyaranka­n pelanggan mencuba ‘mini but dangerous pavlova’. Bagi memastikan kualiti makanan memenuhi piawaian yang ditetapkan Cef Kamarul, saya sendiri bertindak sebagai ketua tukang masak,” kata Nik lagi.

 ??  ?? Mohd Rani bersama hidangan popular di Mat Periuk Cafe, Ipoh.
Mohd Rani bersama hidangan popular di Mat Periuk Cafe, Ipoh.
 ??  ?? Pelanggan menikmati sajian enak pilihan ramai.
Pelanggan menikmati sajian enak pilihan ramai.
 ??  ?? Nasi goreng atok.
Nasi goreng atok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia