Berita Harian

KSPSIJB wujud pangkalan data ibu, anak susuan

Inisiatif pertubuhan jaga keturunan, elak kahwin adik-beradik susuan

- Oleh Hidayah Mohammad

Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru (KSPSIJB) mengambil inisiatif mewujudkan pangkalan data ibu dan anak susuan bagi menjaga keturunan untuk mengelak kekeliruan hingga berlakunya perkahwina­n dalam kalangan adikberadi­k susuan.

Kaunselor Laktasi bertauliah, Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru (KSPSIJB), Farhana Ahmad Abdul Garni, berkata sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyediaka­n pangkalan data semua ahlinya.

Beliau berkata, ibu susuan dan keluarga bayi disusu juga bertanggun­gjawab menyimpan maklumat selain salinan dokumen penting, antaranya surat beranak bayi dan kad pengenalan ibu dan bapa. Dokumen penting sebagai rujukan pada masa depan.

Capai kata sepakat

“Kedua-dua pihak, ibu yang ingin memberikan stok susu atau menjadi ibu susuan serta ibu atau keluarga yang ingin mencari ibu susuan perlu mengisi borang yang disediakan dalam talian.

“Kami cuba mencari persamaan dengan menghubung­i ibu susuan dan keluarga anak susuan untuk mencapai kata sepakat,” katanya.

Farhana berkata, ibu susuan serta keluarga bayi juga digalak kerap bertemu dan berhubung antara satu sama lain supaya tidak terputus hubungan selain mengeratka­n silaturahi­m.

Beliau mengaku, meskipun ramai ibu terbuka menjadi ibu susuan dengan memberikan susu badan mereka kepada bayi yang memerlukan, namun tidak ramai sanggup anaknya diberi susu orang lain.

Hanya ibu yang terdesak katanya, sanggup mencari wanita lain untuk memberikan anaknya susu badan wanita lain. Namun, sebelum menjadi atau mencari ibu susuan, kedua-dua pihak perlu dapat keizinan suami masing-masing.

Kepentinga­n susu ibu

“Proses itu lazimnya sukar kerana suami tiada maklumat dan kurang kefahaman mengenai kepentinga­n pemberian susu ibu. Hal ini menyebabka­n bapa sering tidak bersetuju,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya, ibu juga perlu mengetahui tahap kesihatan diri sebelum mengambil keputusan menjadi ibu susuan.

Berkongsi pengalaman menjadi ibu susuan, Farhana berkata, enam tahun lalu beliau berdebar-debar kerana bukan mudah seorang wanita memberikan susu ibu lain kepada anaknya, tambah pula tidak mengenali pemberi bekalan berkenaan.

“Bagaimanap­un, saya gembira kerana dapat membantu keluarga lain. Bersyukur apabila mengetahui sakit anak susuan saya, Muadz dari Kelantan beransur pulih, selepas mendapat bekalan susu badan.

“Ketika mula menjadi ibu susuan, saya menghantar susu menerusi perkhidmat­an bas ekspres ke Kota Bharu. Saya tersentuh dengan kesungguha­n ibunya mahukan Dzarif diberi susu badan walaupun sukar mendapatka­n bekalan,” katanya.

Kedua-dua pihak, ibu yang ingin memberikan stok susu atau menjadi ibu susuan serta ibu atau keluarga yang ingin mencari ibu susuan perlu mengisi borang yang disediakan dalam talian” Farhana Ahmad Abdul Garni, Kaunselor Laktasi bertauliah, KSPSIJB

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia