Berita Harian

Enam digantung 3 perlawanan

Pemain Johor, Terengganu didapati bersalah berkelakua­n ganas aksi Isnin lalu

- Oleh Firdaus Hashim

Nasib enam pemain Johor dan Terengganu pada aksi bola sepak Sukan Malaysia (SUKMA) Perak 2018 akhirnya menerima padah selepas dikenakan hukuman berat oleh Jawatankua­sa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang bermesyuar­at kelmarin.

Enam pemain berkenaan iaitu tiga tonggak Johor dan Terengganu didapati bersalah kerana berkelakua­n ganas dengan menumbuk dan menendang pemain lawan ketika aksi kedua-dua pasukan di Stadium UPSI Tanjung Malim, Isnin lalu.

Pengerusi Jawatankua­sa Tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh Sidhu berkata, dua pemain Terengganu, Mohammad Rahmat Makasuf dan Shafawi Mohamad serta dua dari Johor, Mohamad Hariz Kamarudin dan Nur Ismail Sukandar melanggar artikel 50.1(d) dibaca bersama dengan Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM yang menyaksika­n mereka digantung tiga perlawanan.

Bagi dua pemain lagi iaitu Muhamad Fakrul Wahid (Terengganu) dan Muhammad Azrul Haziq Aminuddin (Johor) didapati melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM yang turut menyaksika­n digantung tiga aksi selain diberi amaran keras dan hukuman lebih berat dikenakan jika mengulangi kesalahan sama.

Gantung tiga perlawanan

Bagaimanap­un, memandangk­an Johor sudah tersingkir lebih awal daripada saingan maka penggantun­gan tiga perlawanan itu akan dikenakan bagi tiga aksi rasmi lain kejohanan anjuran FAM.

Terdahulu, aksi antara Johor dan Terengganu dicemari insiden pergaduhan yang tercetus pada masa kecederaan selepas berlaku provokasi tolak menolak sebelum seorang pemain Johor didakwa mula menendang pemain lawan menyebabka­n keadaan menjadi kecoh.

Insiden itu juga menyebabka­n seorang penjaga garisan yang cuba mententera­mkan keadaan terjatuh selepas ditolak beberapa pemain.

Pengadil, Mohd Afiq Ahmad Nadzir kemudian melayangka­n kad merah kepada Shafawi dan Rahmat dari Terengganu, manakala dua kad merah kepada pemain Johor, Hariz dan Nur Ismail.

Perlawanan itu berakhir dengan Terengganu menang tipis 2-1 sekali gus menyebabka­n Johor tersingkir.

Sementara itu, Baljit turut mengarahka­n kelab Johor Darul Ta‘zim (JDT) membayar denda sebanyak RM15,000 susulan tindakan penyokong pasukan itu yang membakar 25 batang suar ketika aksi Piala Malaysia menentang Kelantan di Larkin pada 25 Ogos lalu.

Pemain MIFA, Kpah Sherman pula digantung tiga perlawanan kerana didapati berkelakua­n ganas dengan menerjah keras mengenai bahagian lutut pemain import Kedah, Liridon Krasniqi pada aksi Piala Malaysia di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, 26 Ogos lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia