Berita Harian

Tiga rekod temasya pecah

Izazi, Muhammad Qamarul, trio Perak bukti keunggulan acara menembak

-

Tiga rekod Sukan Malaysia (SUKMA) dipecahkan pada hari pertama acara menembak membuka tirai di Kompleks Menembak Darul Ridzuan Chepor, di sini, semalam.

Rekod pertama dihasilkan menerusi acara 10m air rifle wanita, diikuti 10m air rifle berpasukan wanita dan 50m pistol lelaki.

Penembak Wilayah Persekutua­n, Nur Izazi Rosli membuktika­n status sebagai penembak kebangsaan apabila mengunggul­i acara 10m air rifle individu sekali gus mencatatka­n rekod baru SUKMA.

Izazi, 18, menghimpun 623.3 mata bagi menewaskan Shalyn Najjihah Muhammad Sharif dari Pahang (620.7 mata) untuk berpuas hati dengan perak manakala Nur Fatin Syairah Abdul Latif, di kedudukan gangsa (619.2 mata).

Bagi Izazi, pencapaian di SUKMA Perak ini begitu manis apabila dapat memperbaik­i pencapaian dua tahun lalu apabila sekadar membawa pulang pingat gangsa.

Dia mengakui statusnya sebagai atlet kebangsaan yang berlatih di bawah bimbingan jurulatih, Sabki Mohd Din dan Park Sang Soong menjadi antara kunci kejayaanny­a pada saingan semalam.

“Saya harap dapat mengekalka­n emas yang dimenangi hari ini (semalam) pada SUKMA di Johor nanti.

“Sokongan keluarga, bantuan daripada jurulatih, pengalaman beraksi di Sukan Asia selain kelengkapa­n yang cukup dan jadual latihan yang konsisten amat membantu. Terima kasih kepada semua,” katanya yang sudah dua kali beraksi di pentas SUKMA.

Rekod baru kejohanan

Sementara itu, trio Perak turut mencatatka­n nama sebagai pemegang rekod baharu kejohanan apabila mengunggul­i acara 10m air rifle berpasukan wanita, menerusi Nur Fatin Syairah Abdul Latif, Sharifah Noor Ellyana Syed Abdul Hamid dan Nurul Athirah Hazimi.

Mereka mengumpul 1828.8 mata untuk menewaskan Pahang (1824.6 mata) yang berada di tempat kedua, manakala Selangor di kedudukan ketiga (1806.4 mata).

Sementara itu penembak Terengganu, Muhammad Qamarul Naim Abu Aziz turut melakar nama sebagai pemegang rekod baru dalam acara 50m pistol lelaki.

Qamarul melakarkan 541 mata untuk memadam rekod lama milik bersama Jasmi Mohamad Zin dan Muhamad Muthaihir Johari (540 mata) untuk merangkul emas menewaskan penembak Perak, Siau Zianyi (530 mata) dan Muhammad Syafiqrul Firdaus Mohd Husni (517 mata) - masing-masing untuk perak dan gangsa.

Siau Zianyi berjaya menebus kehampaan dalam acara individu apabila berjaya membantu trio tuan rumah meraih emas dalam acara 50m pistol lelaki berpasukan.

Trio perak yang dibarisi Siau Zianyi, Muhd Amir Faris Basri dan Ilmi Azri Abdul Razak meraih 1534 mata untuk pingat emas, selepas dikira berdasarka­n ketepatan sasaran (x-10) menewaskan Terengganu (1534 mata) dan gangsa milik Johor (1532 mata).

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Enam penembak Perak yang memenangi pingat, semalam.
Enam penembak Perak yang memenangi pingat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia