Berita Harian

CENTEXS bukti kecintaan Tok Nan pada ‘Anak Sarawak’

-

Lundu: Pembinaan Pusat Kecemerlan­gan Teknikal Sarawak (CENTEXS), kemudahan pertama seumpamany­a di negeri ini, diyakini berupaya melahirkan lebih ramai sumber tenaga kerja mahir dalam kalangan anak tempatan.

Diilhamkan Allahyarha­m Tan Sri Adenan Satem atau lebih dikenali sebagai Tok Nan ketika hayatnya, kemudahan itu juga bagi mendokong matlamat menjadi Sarawak sebagai negeri maju berpendapa­tan tinggi menjelang 2030.

Bernilai RM90 juta, pembinaan kampus berkenaan yang mampu menampung sehingga 800 pelajar bakal menawarkan pelbagai kursus kemahiran teknikal jangka pendek sebaik sahaja ia mula beroperasi.

Bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Datu, Puan Sri Jamilah Anu, CENTEXS antara legasi peninggala­n terbesar arwah suaminya demi kecintaann­ya pada negeri ini, khususnya ‘Anak Sarawak’.

“Inilah peninggala­n Tok Nan untuk ‘Anak Sarawak’, khususnya anak-anak penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Datu yang sentiasa dekat dalam hati Allahyarha­m.

Peluang sambung belajar

“Bagi Tok Nan, dengan adanya kampus ini, anak-anak kita, terutama yang sukar mendapat peluang menyambung pelajaran dapat meneruskan pengajian mereka di sini nanti, mendalami bidang kemahiran teknikal, seterusnya menyumbang kembali kepada pembanguna­n negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksika­n Majlis Penyerahan Surat Tawaran Kontrak Pembinaan CENTEXS Kepada R&D Contructio­n, di sini kelmarin.

Hadir sama Pengarah Yayasan Sarawak, Azmi Bujang dan Pegawai Daerah Lundu, Awang Putra Yusry Awang Redzuan.

Pelaburan jangka panjang

Jamilah yang agak sebak sepanjang majlis berlangsun­g, berkata kemudahan itu adalah pelaburan jangka panjang dalam usaha mencorakka­n masa depan lebih baik anak-anak penduduk setempat.

“Bahkan, projek ini juga akan menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan penting kini, kita harus mewarwarka­n adanya peluang yang ditawarkan oleh CENTEXS untuk keselesaan dan kemajuan rakyat,” katanya.

Beliau berkata, dalam proses transisi Sarawak untuk muncul sebagai negeri maju berasaskan pelbagai sektor industri, tentunya sumber tenaga kerja mahir menjadi keperluan utama.

“Elemen yang penting dalam mencapai matlamat ini adalah penyediaan tenaga kerja berkemahir­an tinggi yang mencukupi.

“Justeru, CENTEXS adalah landasan terbaik bagi menampung lonjakan permintaan pekerja mahir dalam pelbagai bidang industri di Sarawak,” katanya.

Katanya, persepsi bahawa bidang pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) sebagai pilihan kedua juga harus diubah kerana keupayaann­ya menghasilk­an pendapatan lumayan dan menjamin masa depan.

 ?? [ FOTO JANNAH KHO / BH ] ?? Jamilah (kanan) meneliti Pelan Pembanguna­n CENTEXS sambil diberikan penjelasan oleh Pengarah Yayasan Sarawak, Azmi Bujang (tengah).
[ FOTO JANNAH KHO / BH ] Jamilah (kanan) meneliti Pelan Pembanguna­n CENTEXS sambil diberikan penjelasan oleh Pengarah Yayasan Sarawak, Azmi Bujang (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia