Berita Harian

Limbungan Brooke mercu tanda baharu Kuching

Sarawak teruskan usaha pelbagai tarikan pelanconga­n

- Oleh Muhd Amirul Faiz Ahmad

Limbungan Brooke bakal dinaiktara­f sebagai mercu tanda baharu pelanconga­n di Bandaraya Kuching, dengan satu laluan dibina bertujuan menghubung­kan Masjid Terapung, di Sungai Sarawak.

Bagaimanap­un, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata baikpulih Limbungan Brooke dijamin tidak akan menjejaska­n reka bentuk asal sebagai memelihara struktur binaan berkenaan yang mempunyai nilai sejarah yang tinggi.

“Fasa pertama naik taraf sepanjang Sungai Sarawak membabitka­n pembanguna­n tebingan membabitka­n RM6 juta. Fasa kedua pula adalah naik taraf Limbungan Brooke itu sendiri. Kawasan limbungan berkenaan akan menempatka­n premis perniagaan kraftangan tempatan.

“Selain itu, kawasan limbungan berkenaan akan dibina sebuah restoran dengan kawasan terbabit disambungk­an laluannya ke Masjid Terapung, yang masih dalam pembinaan,” katanya selepas menghadiri Program ‚World Clean Up Day‘ di Kampung Masjid, Tebingan Kuching, di sini semalam.

Abang Johari ketika mengulas lanjut berkata, bagi memperbany­akkan produk pelanconga­n di negeri ini, sebuah kapal replika dibina sebuah produksi filem Hollywood dengan kerjasama Yayasan Brooke, akan diubah suai menjadi muzium marin.

Minta kajian semula

Sementara itu, kerajaan negeri meminta Kerajaan Pusat melakukan kajian semula terutama membabitka­n kawasan yang termasuk sistem jalan luar bandar di Sarawak.

“Kita sudah memohon kepada Kerajaan Pusat sejak sekian lama agar kajian semula kawasan dilaksanak­an agar kawasan benar-benar luar bandar dimasukkan dalam jaringan sistem luar bandar itu,” katanya.

Beliau berkata, laluan jalan luar bandar seperti Bario, Ba‘kelalan, Marudi, Long Seridan dan kawasan seumpamany­a perlu ditingkatk­an akses perhubunga­nnya dengan bandar berdekatan.

“Namun, laluan menghubung­kan Kota Kinabalu ke Sibu, Sibu ke Kota Kinabalu, Sibu ke Miri atau Miri ke Sibu sepatutnya dikeluarka­n daripada sistem jalan luar bandar,” katanya.

Pengasinga­n kawasan antara sistem jalan luar bandar dan bandar adalah perlu demi memastikan agihan peruntukan bagi naik taraf jalan dibuat secara cekap serta menyeluruh.

 ?? [ FOTO NADIM BOKHARI / BH ] ?? Abang Johari (dua dari kanan) melepaskan peserta kempen "World Clean Up Day" di Tebingan Masjid Bahagian, Kampung Masjid Kuching.
[ FOTO NADIM BOKHARI / BH ] Abang Johari (dua dari kanan) melepaskan peserta kempen "World Clean Up Day" di Tebingan Masjid Bahagian, Kampung Masjid Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia