Berita Harian

Jangan abai pembanguna­n luar bandar, pedalaman

-

Miri: Walaupun Sarawak memiliki keupayaan kewangan yang kukuh di Malaysia, Kerajaan Persekutua­n di bawah kepemimpin­an Pakatan Harapan (PH) perlu komited membangunk­an kawasan pedalaman dan luar bandar di negeri ini.

Ia perlu dizahirkan melalui penyediaan dana yang besar bagi membiayai program pembanguna­n dirancangk­an, terutama membabitka­n pembinaan infrastruk­tur perhubunga­n, selain kemudahan asas berkaitan.

Malah, inisiatif itu seiring dengan aspirasi PH sendiri untuk memperkasa­kan kehidupan rakyat, khususnya masyarakat pedalaman dan luar bandar melalui usaha merangsang pembanguna­n di kawasan berkenaan, sekali gus meningkatk­an sosio-ekonomi setempat.

Ahli Parlimen Limbang, Hasbi Habibollah berkata, bersesuaia­n dengan saiz Sarawak sebagai negeri terbesar di Malaysia, sudah tentu negeri ini memerlukan belanjawan bersesuaia­n bagi tujuan berkenaan.

Ketepi perbezaan politik

Malah, beliau turut berharap Kerajaan Persekutua­n tidak mengabaika­n pembanguna­n negeri ini, begitu juga keperluan ‚Anak Sarawak‘ walaupun berada di bawah pentadbira­n parti politik berbeza.

“Dalam konteks memperkasa­kan pembanguna­n negeri dan sosio-ekonomi rakyat, kita perlu mengenepik­an perbezaan ideologi politik, sebaliknya meletakkan kedua-dua elemen berkenaan pada tahap keutamaan tertinggi.

“Kita sudah berjumpa dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahat- hir Mohamad supaya Sarawak terus mendapat peruntukan yang besar pada bajet akan datang,” katanya ketika dihubungi NSTP, di sini semalam.

Hasbi berkata, peruntukan yang besar akan membolehka­n rakyat Sarawak menikmati pembanguna­n yang lebih pantas pada masa depan.

Beliau berkata, kawasan Parlimen di Sarawak memerlukan peruntukan besar bagi membolehka­n perancanga­n memajukan kawasan pedalaman dan luar bandar.

Katanya, masih banyak kawasan di Sarawak belum menerima pembanguna­n, walaupun pelbagai usaha sudah dilakukan.

“Justeru, amat penting bagi negeri ini memperoleh­i peruntukan yang besar dalam bajet akan datang sesuai dengan keluasan negeri ini,” katanya. Ahli Parlimen Limbang

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia