Berita Harian

HADI AKUI PIMPINAN UMNO KINI LEBIH MUDAH DIDEKATI

Hadi sifatkan kehadiran Ahmad Zahid, pemimpin MIC beri nilai tambah kepada muktamar

-

Laporan Veena Rusli, Tasnim Lokman, Adrian David, Hanneeyzah Bariah Baharin, Helmy Abdul Rahman, Zatul Iffah Zulkifli, Fitri Nizam dan Zaid Salim

Perbincang­an ke arah pembentuka­n kerjasama PAS-UMNO diakui lebih lancar ketika ini kerana UMNO tidak lagi memegang tampuk kuasa pentadbira­n.

Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, mengakui UMNO yang kini dipimpin Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, lebih mudah didekati dan boleh berbincang dalam suasana tenang.

Malah, Hadi menyifatka­n majlis perasmian Muktamar PAS Ke-64 semalam agak luar biasa dengan semua pihak menyaksika­n kehadiran Ahmad Zahid bersama beberapa pemimpin UMNO dan MIC selaku komponen Barisan Nasional (BN).

“Kehadiran lebih banyak parti politik, termasuk UMNO dan MIC memberi nilai tambah kepada muktamar.

Mesej pucuk pimpinan

“Sekurang-kurangnya, mesej pucuk pimpinan PAS dapat disampaika­n secara langsung,” katanya yang kelihatan ceria pada sidang media selepas perasmian Muktamar PAS Ke64 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri di sini, semalam.

Yang turut hadir, Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

Buat kali pertama dalam sejarah politik tanah air, perasmian muktamar PAS dihadiri pemimpin tertinggi UMNO, manakala perasmian sayap Pemuda dan Muslimat turut menampilka­n kelibat Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi serta Datuk Dr Noraini Ahmad.

Ditanya jika perbincang­an tidak rasmi berhubung kerjasama PASUMNO berlaku ketika kedua-dua presiden parti itu menikmati jamuan selepas perasmian, Hadi ketawa lalu berkata: “Kami cuma makan.”

Mengulas mengenai maklum balas Ahmad Zahid terhadap ucapan dasar Hadi, Presiden PAS itu berkata: “Alhamdulil­lah, respon bagus tapi kami lebih kepada makan.”

Hadi turut mengakui kerjasama PAS-UMNO yang disebut-sebut kebelakang­an ini jauh lebih mudah berbanding perbincang­an 10 tahun lalu yang membawa kepada gembargemb­ur pembentuka­n kerajaan perpaduan.

Beliau berkata, salah tanggapan pelbagai pihak yang berlaku pada 2008 menyebabka­n timbulnya pelbagai spekulasi.

“Kita bukannya nak bergabung atau masuk BN. Kita cuma melihat apa yang berlaku di Indonesia, Afrika Selatan dan United Kingdom apabila semua parti terbabit dalam kerajaan.

“Waktu itu, kita melihat kepada tiada pembangkan­g, tetapi lebih kepada membuat teguran dan saling menasihati.

“Itu yang saya cadangkan, tapi masa itu UMNO rasa dia kuat, maka dia tolak kita. Sekarang UMNO dah bukan kerajaan, keadaan itu jadi lebih mudah,” katanya.

Majlis Syura kaji strategi politik

Hadi berkata, PAS pernah bekerjasam­a dengan UMNO sebelum pembentuka­n Barisan Nasional (BN) dan kedua-dua pihak mengakui politik melalui pelbagai perubahan seiring peredaran masa.

Katanya, apa juga dasar dan strategi politik PAS akan ditentukan oleh Majlis Syura Ulama seperti amalan selama ini.

“Majlis Syura perlu mengkaji pelbagai aspek dari segi hukum syarak dan apa juga kerjasama perlu menepati dasar ditetapkan PAS,” katanya.

Katanya, PAS tidak mengamalka­n politik menyerang, sebaliknya memberi penerangan.

“PAS sudah biasa menghadapi serangan politik bertubi-tubi termasuk daripada kerajaan, dan kami harap persekitar­an sekarang lebih positif,” katanya.

Sekurangku­rangnya, mesej pucuk pimpinan PAS dapat disampaika­n secara langsung” Hadi Awang, Presiden PAS

 ??  ??
 ?? [FOTO GHAZALI KORI /BH] ?? Hadi bersalam dengan Ahmad Zahid yang hadir pada perasmian Muktamar PAS Ke-64 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, semalam.
[FOTO GHAZALI KORI /BH] Hadi bersalam dengan Ahmad Zahid yang hadir pada perasmian Muktamar PAS Ke-64 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia