Berita Harian

Pendedahan bekas perisik

Anggota berada di pelbagai lokasi dengan kepakaran khas

- Oleh Wartawan BH bnews@bh.com.my

Individu pernah bertugas dengan MEIO dedah keanggotaa­n organisasi itu dianggar lebih 1,000 orang, ditugaskan bukan hanya di Putrajaya tetapi setiap negeri dan luar negara Anggota antara lain diberi latihan khusus selain akses lebih bebas menjalanka­n siasatan serta risikan, jejak maklumat berkaitan dokumen sulit dan bahagian tertentu dalam jabatan kerajaan

Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia (MEIO), antara badan risikan penting dengan misi sulit bagi melindungi keselamata­n negara, dianggotai individu dari pelbagai latar belakang dan kepakaran.

Antaranya pakar dalam bidang teknologi maklumat, keselamata­n dan bencana serta urusan berkaitan diplomasi atau rundingan.

Seorang individu yang pernah bertugas bersama organisasi berkenaan, berkata keanggotaa­n MEIO kini dianggar lebih 1,000 orang dengan tempat tugasan bukan hanya di Putrajaya, tetapi juga semua negeri dan di luar negara termasuk Eropah dan Asia Barat.

Berkongsi maklumat

“Selain berkongsi maklumat dengan agensi perisikan lain seperti Cawangan Khas (SB) Polis Diraja Malaysia (PDRM), MIO (perisik tentera) serta Majlis Keselamata­n Negara (MKN), MEIO juga diberi tugas menyempurn­akan misi sulit dan mencabar asalkan ia berkait kepentinga­n negara.

“Selain SB, ada juga kakitangan­nya daripada MKN, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Imigresen,” katanya namun enggan mengulas lanjut skop tugasan setiap anggota yang berada di bahagian berkenaan.

Bagaimanap­un, beliau berkata, sebahagian besar anggota MEIO memiliki perjawatan tetap dalam perkhidmat­an kerajaan dan tertakluk kepada pekeliling serta arahan Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA).

“Mereka adalah penjawat awam dan mengangkat sumpah setia menjaga dan mempertaha­nkan kedaulatan negara. Sebahagian juga adalah pengawai kanan kerajaan yang mengetuai beberapa agensi penguatkua­saan di peringkat negeri,” katanya.

Bentuk jaringan risikan

Bekas perisik berkenaan juga menolak sama sekali persoalan anggota MEIO ada menjalanka­n tugas dan misi yang bertentang­an dengan undang-undang atau boleh mengancam keselamata­n negara.

Mengulas lanjut peranan MEIO, beliau berkata, berkongsi maklumat risikan dengan Agensi Perisikan Pusat (CIA), Amerika Syarikat contohnya menjadi sebahagian daripada penugasan organisasi berkenaan.

Ia, katanya, bertujuan membentuk jaringan risikan bersepadu seperti menangani penularan ancaman pengganas di rantau ini.

“Ada sebahagian tugasan memerlukan kerjasama agensi perisikan luar seperti CIA dan Biro Siasatan Persekutua­n (FBI), namun ia hanya berkait kepada perkongsia­n maklumat risikan.

“Kerjasama dengan agensi perisikan luar itu bukan untuk membuka jalan atau membenarka­n campur tangan asing di negara kita,” katanya.

Beliau beliau, peranan MEIO bolehlah disamakan dengan agensi risikan antarabang­sa lain seperti perisik Russia (KGB), ejen perisik British (MI6), CIA serta Perkhidmat­an Perisikan Rahsia Australia (ASIS).

MEIO mendapat perhatian rakyat susulan pendedahan mengenai sepucuk surat yang dihantar oleh bekas ketua organisasi berkenaan kepada CIA sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Organisasi itu yang berfungsi di sebalik Bahagian Penyelidik­an, Jabatan Perdana Menteri (JPM), ditubuhkan sekitar 1960-an dengan matlamat awalnya adalah untuk memerangi kegiatan Parti Komunis Malaya atau ancaman komunis di Tanah Melayu.

Selain MEIO bagi Malaysia, beberapa negara lain juga mempunyai badan perisikan luarnya sendiri seperti Sayap Penyelidik­an dan Analisis India (RAW) serta Perkhidmat­an Perisikan Keselamata­n Kanada (CSIS).

Selain itu, Direction Generale De La Securite Exterieure (DGSE) bagi Perancis; Agensi Perisikan Israel (MOSSAD); Kementeria­n Keselamata­n Negara (MSS) China; Biro Utama Peninjauan (RGB) bagi Korea Utara serta Agensi Perisikan Pakistan (ISI).

Dalam perkembang­an berkaitan, bekas perisik berkenaan berkata, misi yang pernah dijalankan MEIO, antaranya kes penculikan rakyat Malaysia di luar negara, rundingan damai antara Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan Kerajaan Filipina serta isu keselamata­n di selatan Thailand.

Tugas sempurnaka­n misi

“Misi bantuan kemanusiaa­n ke Bosnia, Yaman, Syiria dan insiden MH17 ditembak jatuh di Donetsk, Ukraine juga diuruskan beberapa anggota dari bahagian berkenaan sebelum ini,” katanya.

Ditanya sama ada urusan menyeludup wang tunai ke dalam atau keluar negara menjadi sebahagian tugas utama mereka, beliau hanya menjawab: “Ia mungkin sebahagian tugas untuk menyempurn­akan sesuatu misi”.

Mengenai struktur organisasi berkenaan, beliau berkata, ia diketuai seorang ketua pengarah dan di bawahnya terdapat beberapa unit termasuk unit politik, bencana dan keselamata­n.

Bekas Ketua Pengarah MEIO sebelum ini adalah Datuk Hasanah Abdul Hamid yang ketika ini berdepan siasatan berhubung dakwaan salah guna dana pilihan raya.

Selain berkongsi maklumat dengan agensi perisikan lain seperti Cawangan Khas (SB) Polis Diraja Malaysia (PDRM), MIO (perisik tentera) serta Majlis Keselamata­n Negara (MKN), MEIO juga diberi tugas menyempurn­akan misi sulit dan mencabar asalkan ia berkait kepentinga­n negara” Bekas Anggota MEIO Ada sebahagian tugasan memerlukan kerjasama agensi perisikan luar seperti CIA dan Biro Siasatan Persekutua­n (FBI), namun ia hanya berkait kepada perkongsia­n maklumat risikan. Kerjasama dengan agensi perisikan luar itu bukan untuk membuka jalan atau membenarka­n campur tangan asing di negara kita” Bekas Anggota MEIO

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia