Berita Harian

PAS SETUJU KERJASAMA DENGAN UMNO, TAPI BUKAN KEPERLUAN MENDESAK

Hadi yakin hubungan dengan UMNO saling memanfaatk­an

- Oleh Veena Rusli dan Hanneeyzah Bariah Baharin

PAS dan UMNO saling perlu bekerjasam­a, namun ia tidak dilihat sebagai keperluan mendesak buat masa ini.

Dalam keadaan tertentu, Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, berkata kerjasama demi kelangsung­an umat Islam dan orang Melayu amat diperlukan.

“Kadang-kadang memang ia mendesak, contohnya apabila keputusan pilihan raya dilihat tidak seimbang dengan demografi penduduk atau bukan Islam yang mendominas­i kerajaan.

Tuntutan tak wajar

“Begitu juga apabila ada orang bukan Islam membuat pelbagai tuntutan tidak wajar dan menyentuh hubungan dengan orang Islam.

“Ia seperti meminta dihapuskan majlis agama, dihapuskan undangunda­ng syariah, tuntutan LGBT (lesbian, gay, biseksual Dan transgende­r).

“Itu semua bercanggah dengan agama Islam,” katanya pada sidang media pada akhir Muktamar PAS Ke-64 di Stadium Tertutup Gong Badak, di sini, semalam.

Yang hadir sama, Timbalanny­a, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Naib Presiden, Idris Ahmad dan Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan.

Apa juga bentuk kerjasama PAS bersama UMNO, Hadi memberi jaminan ia akan dilakukan secara terbuka seperti kelaziman di negara demokrasi kerana boleh memberi kesan dan mempengaru­hi undi pada pilihan raya umum.

Tak mahu gopoh

Katanya, PAS tidak mahu tergopoh gopoh dalam menjalin kerjasama dan akan menilai situasi semasa secara konsisten.

“Keseluruha­n perwakilan muktamar menyokong kerjasama ini, maka kita serahkan kepada penilaian Majlis Syura Ulama dan sama ada ia memerlukan muktamar khas diadakan.

“Ini (kerjasama) perkara besar, sama seperti ketika PAS diajak menyertai kerajaan campuran selepas peristiwa 13 Mei 1969,” katanya.

Menegaskan tiada tempoh khusus ditetapkan untuk tujuan itu, Hadi melihat kerjasama dengan UMNO lebih cenderung kepada ‘taawun’ yang saling memanfaatk­an.

Muktamar PAS kali ini mendapat perhatian ramai apabila majlis perasmiann­ya kelmarin, turut dihadiri Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama beberapa Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan pemimpin MIC.

Ditanya sama ada akan menghadiri Perhimpuna­n Agung UMNO di ibu negara hujung bulan ini, Hadi berkata ia belum diputuskan.

“Saya sudah terima undangan rasmi tetapi pada masa sama saya mempunyai jadual persidanga­n di luar negara.

“Sekiranya saya tidak dapat hadir, PAS tetap hantar wakil menghadiri­nya,” katanya.

Diminta menggambar­kan perasaanny­a selepas berbaik-baik dengan UMNO, Hadi berkata, PAS lebih suka mendahuluk­an sikap itu daripada memusuhi.

 ?? [FOTO GHAZALI KORI /BH] ?? Hadi menyampaik­an ucapan penangguha­n pada Muktamar PAS Ke-64 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, semalam.
[FOTO GHAZALI KORI /BH] Hadi menyampaik­an ucapan penangguha­n pada Muktamar PAS Ke-64 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia