Berita Harian

55 tahun mendepani kepelbagai­an bersama

-

Malaysia dengan usia 55 tahun sudah mencapai satu tahap kematangan sebagai negara persekutua­n yang berdaulat.

Gabungan Semenanjun­g, Sarawak dan Sabah, meskipun berhadapan isu dan konflik, semuanya dapat diselesaik­an dengan semangat kerjasama, muhibbah dan setiakawan yang berasaskan “Malaysia”.

Pemimpin berfikiran terbuka dan realistik atas semangat Malaysia yang dapat dipelihara dan dibajai selama 55 tahun. Semuanya dapat ditangani dengan baik untuk kepentinga­n semua pihak.

Itulah formula ke arah mewujudkan sebuah Malaysia yang lebih besar, kuat dan makmur dengan kata lain ‘Greater Malaysia’ di rantau Asia Tenggara.

Pada asasnya, penubuhan Malaysia hasil gabungan pentadbira­n, politik dan ekonomi Semenanjun­g Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Borneo Utara untuk mengukuhka­n kedudukan negeri kecil ini sebagai entiti lebih besar pada masa depan.

Ini dapat dilihat hari ini apabila berlaku kemajuan yang pesat di negeri berkenaan, khususnya di Sarawak dan Sabah dalam pelbagai lapangan kehidupan.

Pembanguna­n fizikal, infrastruk­tur, pendidikan, ekonomi, peluang pekerjaan dan lain-lain dapat dilaksanak­an dengan kerjasama semua pihak terbabit.

Kerjasama lancar

Meskipun landskap politik negara berubah selepas Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU-14), kerjasama di antara Kerajaan Pusat dan negeri masih lagi berjalan dengan baik dengan meletakkan kemajuan rakyat sebagai tanggungja­wab utama.

Daripada idea Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj hinggalah penubuhann­ya pada 16 September 1963, Malaysia berdiri megah hari ini.

Penubuhann­ya sudah pasti sesuatu yang kompleks dan penuh cabaran daripada apa yang digambarka­n dalam buku teks atau sebarang penceritaa­n.

Meskipun pelbagai platform penubuhan Malaysia - closer associatio­n, direct merger dan lain-lain, hakikatnya Malaysia dapat ditubuhkan hasil persetujua­n semua pemimpin terbabit.

Jawatankua­sa perundinga­n

Oleh itu, semangat perundinga­n melalui Jawatankua­sa Perundinga­n Perpaduan Malaysia hendaklah dihidupkan dalam kepemimpin­an negara hari ini.

Jawatankua­sa ini boleh mengambil langkah mengumpul dan membanding­kan idea-idea berkaitan dengan penubuhan Malaysia termasuk penerangan dan perbincang­an secara lebih teliti.

Perbincang­an yang kerap dengan semangat kerjasama sebelum ini dapat merealisas­ikan penubuhan Malaysia dengan cepat.

Semangat perbincang­an dan perundinga­n ini hendaklah dipertahan­kan, dicontohi dan ditauladan­i bagi mengukuhka­n Malaysia pada masa hadapan apabila ia diterajui kepemimpin­an yang berjiwa muda.

Apa-apa idea yang hendak melemah dan memecahbel­ahkan Persekutua­n Malaysia hendaklah ditangani dengan tegas.

Gerakan-gerakan pemisah yang hendak membawa keluar Sarawak dan Sabah wajar dibendung segera kerana ia tidak membawa kebaikan, sebaliknya kemudarata­n lebih besar dalam situasi ketidakten­tuan geo-politik antarabang­sa hari ini.

Tanggungja­wab pemimpin, rakyat

Membina dan menguatkan Malaysia menjadi tanggungja­wab pemimpin dan rakyat. One state, one

nation dengan merujuk Malaysia yang satu hendaklah dipertahan­kan.

Ia perlu dipertahan­kan seperti asal penubuhan negara kita yang mengambil kira faktor politik (keselamata­n, kemerdekaa­n dan dekolonisa­si), ekonomi (kerjasama dan pembanguna­n wilayah) dan sosial (kependuduk­an dan peningkata­n taraf) dapat diteruskan dalam negara ini.

Akhir sekali, peranan pemimpin dalam menjayakan penubuhan Malaysia janganlah dilupakan, khususnya oleh generasi muda hari ini, sama ada di sekolah, kolej, universiti atau di mana-mana.

Merekalah pejuang dan penyatu yang telah mencurahka­n idea, buah fikiran, masa dan tenaga untuk Malaysia hari ini.

Tokoh seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Mohammad Fuad Stephens (Donald Aloysius Marmaduke Stephens), Tun Datu Mustapha Datu Harun dan Tun Datuk Patinggi Tan Sri Temenggung Jugah anak Barieng.

Merekalah yang bersama ramai lagi tokoh lain mewakili suara hati rakyat ketika itu untuk bergabung bagi menjadikan Malaysia gagah dan megah seperti mana hari ini.

Semangat perbincang­an dan perundinga­n ini hendaklah dipertahan­kan, dicontohi dan ditauladan­i bagi mengukuhka­n Malaysia pada masa hadapan apabila ia diterajui kepemimpin­an yang berjiwa muda”

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Semangat kerjasama, muhibah dan setiakawan perkukuh semangat perpaduan antara kaum.
[FOTO HIASAN] Semangat kerjasama, muhibah dan setiakawan perkukuh semangat perpaduan antara kaum.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia