Berita Harian

Kerjasama perlu berpaksi Islam

-

Kuala Lumpur: Pimpinan PAS diingatkan supaya menjaga batasan dalam menjalin kerjasama dengan UMNO, bagi memastikan prinsip perjuangan PAS tidak tersasar.

Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden, berkata perdamaian antara PAS dan UMNO yang membentuk kerjasama politik dalam blok pembangkan­g ketika ini, mesti berpaksika­n Islam yang menjadi dasar perjuangan PAS.

“PAS kini bekerjasam­a dengan parti pembangkan­g dan kita harus terima dengan hati terbuka.

Terima perdamaian

“Kita menerima perdamaian dan jalinan kerjasama politik, tidak kiralah apa pun istilahnya sama ada taawun, tahaluf dan sebagainya, tetap ada batas perlu diingat.

“Batasnya ialah PAS akan bekerjasam­a selagi rakan kita berpegang kepada prinsip memartabat­kan Islam,” katanya pada perbahasan usul sempena Muktamar PAS Ke-64 di Stadium Tertutup Gong Badak, di sini, semalam.

Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang berkata, dalam setiap kerjasama politik, pasti ada kalangan mereka menjadikan ruang perdamaian sedemikian untuk kepentinga­n sendiri.

“Orang ini kita berikan kepada Allah untuk dibalas nanti. Jika dia khianat, Allah akan keluarkan dan ini terbukti apabila sebelum ini kita sepentas dengan mereka (dalam Pakatan Rakyat), kini tidak lagi,” katanya.

Ahli Jawatankua­sa Kerja Dewan Ulama PAS, Zulkarnain Hassan, pula mengingatk­an pimpinan parti berpada-pada dan tidak berlebih-lebih dalam hubungan kerjasama dengan rakan pembangkan­g.

“Dulu kita bermusuh dengan UMNO, sekarang makin rapat, tetapi jangan sampai taawun ini meninggalk­an asas perjuangan.

Kukuh blok pembangkan­g

“Kedua, pastikan ia dibuat atas dasar dakwah dan ketiga untuk mengukuhka­n blok pembangkan­g.

“Biarlah mereka yang datang kepada kita dan bukan kita yang beriya-iya pergi kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata, kepercayaa­n tinggi diletakkan kepada anggota Majlis Syura Ulama untuk meneliti jalinan kerjasama berkenaan.

Sementara itu, wakil Dewan Pemuda PAS Pusat, Akram Ikrami Taib Azamudden, berkata PAS perlu memenangi perang persepsi dalam keadaan media dilihat memimpin akal umat menerusi penyaluran maklumat di hujung hari.

Beliau berkata, kekuatan lawan terutama PH yang memiliki Analisis Big Data dan media membolehka­n mereka mengecapi kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

 ??  ?? Afnan Hamimi
Afnan Hamimi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia