Berita Harian

Malaysia tidak berdepan defisit berkembar

Negara catat lebihan akaun semasa 2.7 peratus daripada nilai KDNK separuh pertama 2018

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Keputusan kerajaan untuk menangguhk­an projek infrastruk­tur yang mempunyai komponen import yang tinggi dilihat tepat bagi memastikan imbangan akaun semasa sentiasa berada dalam keadaan lebihan.

Buat masa ini, negara masih mencatatka­n lebihan dalam akaun semasa iaitu 2.7 peratus daripada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada separuh tahun pertama 2018.

Lantaran itu, Malaysia tidak dikategori­kan sebagai negara yang menghadapi masalah defisit berkembar, yang mana situasi itu sangat menekan apabila berlaku aliran dana keluar yang besar seperti yang terjadi di negara seperti Turki, Argentina dan Indonesia, demikian kata Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Beliau berkata, prestasi kewangan pada separuh tahun pertama 2018 menunjukka­n defisit fiskal Kerajaan Persekutua­n berada pada paras RM30.8 billion atau 4.5 peratus daripada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Angka itu sememangny­a melepasi paras sasaran 2018 iaitu 2.8 peratus daripada nilai KDNK, katanya.

“Oleh itu, pihak kerajaan sememangny­a perlu berhati-hati dalam melaksanak­an program perbelanja­an mereka, baik dari segi perbelanja­an mengurus mahupun perbelanja­an pembanguna­n,” katanya kepada NSTP Group ditanya mengenai kedudukan defisit negara.

Mohd Afzanizam berkata, pihak penarafan kredit antarabang­sa seperti Fitch Rating sudah membayangk­an penarafan kredit berdaulat Malaysia berada pada tahap BBB+ berdasarka­n model dalaman mereka.

Namun Fitch, memutuskan untuk mengekal penarafan A- memandangk­an kelemahan kewangan kerajaan hanya bersifat sementara, katanya.

Risiko turun penarafan

Meskipun demikian, beliau menegaskan keadaan seperti itu perlu dipandang serius memandangk­an risiko untuk penurunan penarafan kredit sedia ada sememangny­a wujud.

Selain faktor kewangan kerajaan, kedudukan imbangan pembayaran juga boleh mempengaru­hi penarafan kredit hutang kerajaan, katanya.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Jabatan Penyelidik­an MIDF Amanah Investment Bank Bhd, Dr Kamaruddin Mohd Nor, berkata berdasarka­n kepada petunjuk ekonomi semasa kadar pertumbuha­n ekonomi dunia akan berkembang pada kadar sederhana.

Beliau berkata, beberapa faktor seperti perang perdaganga­n antara Amerika Syarikat (AS) dan China serta ketidakten­tuan dasar dunia mampu memberi kesan negatif pada ekonomi Malaysia.

Namun pada itu, katanya, ekonomi domestik dilihat mampu tumbuh pada kadar yang baik untuk tahun depan seterusnya menyumbang kepada pendapatan kerajaan.

“Kami menjangka 2018 dan 2019 adalah tahun peralihan kepada dasar baru oleh pihak kerajaan bagi memastikan keadaan kewangan negara terus berada dalam keadaan yang baik.

“Penyusunan semula fiskal dan agenda pembaharua­n dilihat bakal diketengah­kan dalam Bajet 2019 akan datang. Namun kami jangka kerajaan akan terus dengan agenda untuk mengurangk­an bajet defisit.

“Bajet defisit untuk 2018 disasarkan pada kadar 2.8 peratus. Angka yang hampir sama dilihat untuk tahun akan datang,” katanya.

Pertumbuha­n baik

Dalam pada itu, Dr Kamaruddin berkata, pertumbuha­n yang baik dari sektor luar dilihat akan terus menyumbang kepada keteguhan akaun semasa negara.

Jelasnya, keadaan persekitar­an ekonomi semasa dengan pertumbuha­n yang dilihat masih baik serta harga komoditi yang tinggi dan stabil membantu kerajaan dalam melaksanak­an agenda ekonomi yang dirancangk­an.

“Pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) adalah sebahagian dari usaha kerajaan untuk menambahka­n pendapatan.

Di samping itu juga, kami menjangkak­an lebih banyak inisiatif lain bakal diumumkan bagi menjana pendapatan negara, melaksanak­an perbelanja­an berkhemah serta mengawal hutang.

“Langkah ini bakal mengukuhka­n keadaan fiskal negara dalam jangka waktu terdekat. Kami tidak melihat risiko penarafan hutang negara akan diturunkan pada tahun depan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia