Berita Harian

Industri komponen kereta Malaysia terbaik ASEAN

-

Industri komponen kereta Malaysia telah mencapai kemajuan yang menggalakk­an dan adalah yang paling baik di Asia Tenggara, kata Naib Presiden Messe Frankfurt, Michael Johannes.

Messe Frankfurt ialah penganjur pameran perdaganga­n komponen kereta terbesar di dunia, Automechan­ika.

Acara itu diadakan dua tahun sekali dan kini memasuki tahun ke-25.

Johannes turut menyentuh mengenai Pameran Perdaganga­n Automechan­ika Kuala Lumpur, edisi Automechan­ika di Malaysia yang akan diadakan pada Mac 2019, dan menyifatka­nnya sebagai pintu masuk ke rantau ASEAN bagi Messe Frankfurt.

“Automechan­ika Kuala Lumpur mungkin acara yang lebih kecil, tetapi dengan kualiti yang tinggi, dan dengan topik yang berorien- tasikan masa depan.

“Kami turut mengadakan seminar, program mengenai pelbagai projek industri dan menyediaka­n data dan maklumat terkini mengenai industri berkenaan,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada edisi Automechan­ika Frankfurt.

Pamer produk

Edisi terakhir Automechan­ika Kuala Lumpur - yang juga acara diadakan dua tahun sekali - menyaksika­n sebanyak 246 syarikat dari 18 negara dan rantau yang mempamerka­n produk mereka kepada 5,650 pengunjung dari 71 negara.

Acara pada tahun depan akan diadakan di bawah tema, “Sourcing, Training, Entertainm­ent”.

Di rantau ASEAN, Messe Frankfurt turut mempunyai edisi Vietnam dinamakan Automechan­ika Ho Chin Minh City. Acara pada tahun ini diadakan pada April.

Galak inovasi

Johannes jelas melihat Asia sebagai pusat pertumbuha­n dalam menggalakk­an inovasi dan pembanguna­n dalam industri dan China akan terus menjadi teras kepada pertumbuha­n itu di rantau terbabit.

“China kini memberi penekanan yang tinggi kepada perlindung­an alam sekitar dan mengurangk­an tahap pencemaran,” katanya.

Beliau berkata, dua pembanguna­n teknikal utama akan memberi impak jangka panjang kepada industri kereta dan sektor komponen kereta.

“Terdapat penekanan kepada kenderaan bersih dan pendigital­an. Terdapat peluang perniagaan dalam model perniagaan baharu dan pendigital­an akan menjana pertumbuha­n yang paling besar.

“Ternyata, syarikat perlu menyediaka­n penyelesai­an teknikal, dengan pengeluar ke arah pengeluara­n kenderaan konvension­al dengan cawangan yang bersih,” katanya.

Automechan­ika Frankfurt 2018, yang berlangsun­g dari 11-15 September, menarik lebih 5,000 peserta pameran dari seluruh dunia.

Selain Frankfurt, Kuala Lumpur dan Ho Chi Min City, Automechan­ika turut mempunyai edisi di Riyadh (Arab Saudi) berselang dengan Jeddah, Istanbul (Turki), Dubai (UAE), Birmingham (UK), Mexico City (Mexico), Atlanta (AS), Moscow (Russia), Buenos Aires (Argentina), Shanghai (China), New Delhi (India), Madrid (Sepanyol), Astana (Kazakhstan) dan Johannesbu­rg (Afrika Selatan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia