Berita Harian

Perang isu tarif As-china beri kelebihan e-dagang Malaysia

Firma dari Timur alih perdaganga­n ke Asia Tenggara buka peluang jalin kerjasama

- Oleh Alzahrin Alias

Perang perdaganga­n antara Amerika Syarikat dan China akan memberi kelebihan kepada perniagaan e-dagang di negara Asia Tenggara terutama Malaysia.

Ketua Eksekutif Majlis Teknologi Informasi dan E-dagang Selangor (SITEC), Yong Kai Ping, berkata ketika ini kebanyakan syarikat e-dagang dari China termasuk Hong Kong dan Taiwan bertapak di Amerika Syarikat (AS) terutama di San Francisco bagi pasaran AS.

Tetapi katanya sejak perang perdaganga­n antara dua kuasa besar ekonomi dunia itu mula tercetus, kebanyakan syarikat e-dagang itu kini mula mengalihka­n perniagaan mereka ke Asia Tenggara.

“Kebanyakan syarikat dari negara Timur mula beralih tapak perniagaan ataupun mencari pasaran baru selain AS seperti ke Amerika Utara dan sebagainya.

“Jadi di sini, peranan Malaysia sangat penting kerana dalam kebanyakan negara Asia Tenggara, Malaysia diketahui lebih kehadapan dalam perniagaan e-dagang.

“Malah kita juga mengetahui pasaran perniagaan di Asia Tenggara ini dan lebih kehadapan dari segi saiz pasaran. Jika mereka memilih Malaysia, syarikat tempatan boleh menjalin kerjasama perniagaan dengan mereka,” katanya selepas SITEC Malaysia Top EC Merchant Award 2018 di Pusat Perdaganga­n dan Pameran Antarabang­sa Malaysia (MITEC), Sabtu lalu.

Tolak konflik perdaganga­n

Kai Ping berkata, jika syarikat tempatan berupaya menjalin kerjasama dengan syarikat dari China, ia memberikan kelebihan dari segi perkongsia­n keupayaan teknologi, produk dan juga pembiayaan.

Beliau berkata, perang perdaganga­n akan menolak konflik perdaganga­n ke satu tahap persaingan baharu dan syarikat di Malaysia perlu mengambil peluang ini.

Katanya, syarikat tempatan juga dapat meningkatk­an kemahiran mereka dalam perniagaan sekaligus menjadi platform untuk meneroka pasaran antarabang­sa.

“Peningkata­n kemahiran dan keupayaan perdaganga­n sangat penting ketika ini kepada syarikat tempatan terutamany­a untuk meneroka pasaran antarabang­sa.

“Malah SITEC juga sentiasa berusaha untuk membuka peluang syarikat tempatan terutamany­a mereka yang terbabit dalam e-dagang menembusi pasaran luar.

“Dua platform perdaganga­n yang bakal diterokai SITEC bagi syarikat tempatan adalah di China dan juga melalui platform e-dagang antarabang­sa, Amazon,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia