Berita Harian

Eugenius takluk Lapangan Memanah UTP

-

Seri Iskandar: Berbekalka­n fokus dan kesabaran, atlet Sabah, Eugenius Lo Foh Soon menebus kekecewaan pada sebelah pagi semalam dengan menghadiah­kan emas pertama memanah buat kontinjen Sabah dalam acara compound 70 meter (m) pada sesi petang.

Tanpa menghirauk­an tekanan di sekeliling­nya, pelajar Sekolah Tinggi Kota Kinabalu berusia 17 tahun itu dengan tenang membidik panahan 349 mata, sekali gus meraih kelebihan lebih tiga mata berbanding pencabar terdekatny­a, Muhammad Aliff Aiman Mohd Hassri dari Selangor yang meraih pingat perak.

Pingat gangsa diraih atlet Sarawak, Ngu Gao Teck dengan 344 mata.

Eugenius yang menyertai temasya SUKMA buat kali kedua berkata, pencapaian­nya itu adalah yang terbaik setakat ini, malah juga mengakui jarang berlatih disebabkan lebih menumpukan kepada pelajaran.

Tak sangka menang emas

“Sebenarnya sukan memanah lebih sekadar hobi, lebih-lebih pula tahun ini saya akan menempuh SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Jadi saya jarang turun berlatih. Saya tidak sangka dapat meraih pingat emas dalam acara ini,” katanya di Lapangan Memanah Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) di sini, semalam.

Pada sebelah pagi semalam, Eugenius meraih pingat perak dalam compound 90m individu lelaki.

Menurutnya, misi seterusnya adalah mengekalka­n pingat emas di tangan Sabah menerusi acara compound berpasukan lelaki yang dimenangi bersama rakannya pada SUKMA 2016 di Sarawak.

Keputusan lain menyaksika­n atlet memanah Kedah, Nur Ain Ayuni Fozi yang pada sebelah pagi sekadar meraih gangsa bagi acara recurve 70m wanita, menebus kekecewaan meraih emas dalam acara recurve 60m individu wanita dengan memungut 322 mata.

Nurul Fatin Adibah Mohd Zamri, atlet tuan rumah Perak yang sebelah pagi muncul juara dalam acara recurve 70m wanita bagaimanap­un terpaksa berpuas hati meraih perak selepas kurang dua mata di belakang Nur Ain Ayuni untuk merangkul pingat perak.

Gangsa milik Perak

Pingat gangsa milik seorang lagi atlet tuan rumah, Nurul Basirah Mohamad Shah (317 mata).

Dalam aksi compound 60m individu wanita, pingat emas menjadi milik atlet Sarawak, Amber Francesca Naja Edwin dengan 348 mata, manakala atlet Terengganu, Athirah Awni Mat Yatya (346 mata) dan atlet Pahang Nur Azlin Azlan (343 mata) masing-masing sekadar meraih pingat perak dan gangsa.

Acara recurve 70m individu lelaki dikuasai atlet Melaka, Muhammad Norhairuln­izam Rosdidenga­n 324 mata, diikuti atlet Terengganu, Muhammad Saiful Islam Mohd Rizuwan (318 mata), gangsa dimiliki atlet Negeri Sembilan Izat Halmie Ishak (317 mata).

Pada hari kedua sukan memanah akan menyajikan lapan emas dipertandi­ngkan dalam kategori recurve dan compound bagi acara jarak 50 meter lelaki dan wanita serta acara jarak 30m lelaki dan wanita.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Eugenius bersama Muhammad Aliff (kiri) dan Gao Teck (kanan) di Lapangan Memanah Universiti Teknologi Petronas, Seri Iskandar, semalam.
[FOTO BERNAMA] Eugenius bersama Muhammad Aliff (kiri) dan Gao Teck (kanan) di Lapangan Memanah Universiti Teknologi Petronas, Seri Iskandar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia