Berita Harian

JDT mara, Kedah tersingkir

JDT, TRW tempah tiket suku akhir

- Oleh Aziman Rosdi dan Hasbullah Ibrahim sukanteam@nstp.com.my

Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kelantan mengesahka­n tempat ke suku akhir Piala Malaysia musim ini selepas masing-masing mengetepik­an cabaran MIFA dan Kedah saingan peringkat Kumpulan C, malam tadi. Kedua-dua pasukan menyertai PKNS FC, FELDA United, Terengganu FC, Perak, Sabah dan Pahang yang layak lebih awal sebelum itu

Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kelantan mara ke suku akhir Piala Malaysia musim ini selepas mencatatka­n kemenangan pada aksi terakhir Kumpulan C, malam tadi.

Skuad Harimau Selatan mengesahka­n tempat selepas mengetepik­an cabaran pasukan MIFA, 30 di Shah Alam, manakala The Red Warriors (TRW) mengejutka­n naib juara, Kedah, 20 di Kota Bahru.

Kemenangan itu memastikan JDT selaku juara bertahan, menjuarai Kumpulan C dengan himpunan sembilan mata, manakala Kelantan men duduki tempat kedua dengan perbezaan jaringan gol dengan MIFA dan Kedah selepas ketigatiga­nya terikat lapan mata.

Penalti pembuka gol

Pada aksi di Stadium Shah Alam, skuad Harimau Selatan menjinakka­n MIFA menerusi jaringan penalti Gonzalo Cabrera pada minit ke63 dan Safawi Rasid (minit ke72 dan ke83).

Kelantan pula memastikan tempat ke suku akhir menerusi jaringan Danial Ashraf pada minit ke51 dan Nik Akif Syahiran pada masa tambahan.

Terdahulu, enam pasukan iaitu PKNS FC, FELDA United, Terengganu FC, Perak, Sabah dan Pahang yang layak lebih awal.

Sabah pula mara selepas mendominas­i Kumpulan D, manakala Pahang di tempat kedua.

Aksi terakhir Sabahpahan­g sepatutnya berlangsun­g di Stadium Likas malam tadi, namun ditangguh bagi memberi laluan sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka, Kota Kinabalu.

 ?? [ FOTO ASWADI ALIAS/BH ] ?? Cabrera meraikan jaringan pertama JDT ketika membantu pasukannya mara ke suku akhir di Shah Alam, malam tadi.
[ FOTO ASWADI ALIAS/BH ] Cabrera meraikan jaringan pertama JDT ketika membantu pasukannya mara ke suku akhir di Shah Alam, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia