Berita Harian

Indonesia henti operasi di Palu, Bali pula dilanda gempa

Gempa, banjir, taufan di Asia, Eropah, AS cetus berita gelisah

-

Sebaik misi menyelamat mangsa susulan bencana berganda di Palu berakhir, semalam, beberapa insiden maut yang lain turut melakar berita sedih merentasi global, semalam.

Tiga benua - Asia, Eropah dan Amerika Syarikat dipalit duka dengan insiden gempa, banjir, taufan dan siklon yang sekadar mengundang persoalan, apakah yang sedang bergolak di pentas dunia pada hari ini.

Muka bumi di Indonesia terus gegar apabila dirundung malang lagi. Ketika gempa dan tsunami mula reda dengan hampir 2,000 terkorban di Sulawesi, tiba-tiba gempa bumi berukuran 6.0 magnitud melanda kepulauan Jawa dan Bali, semalam.

Tiga orang dilaporkan terkorban manakala beberapa bangunan rosak teruk.

Tambah perit, ia berlaku ketika mesyuarat tahunan Dana Kewangan Antarabang­sa (IMF) dan Bank Dunia di Bali, minggu ini dihadiri lebih 19,000 delegasi termasuk menteri, ketua bank pusat dan beberapa pemimpin lain.

Penggera tsunami diaktif

Insiden sama turut berlaku di pulau New Britain di Papua New Guinea pagi semalam apabila dilanda gempa berukuran 7.0 - memaksa penggera tsunami diaktifkan sebelum pihak berkuasa menarik semula amaran itu.

Di Eropah, satu gempa berukuran 6.8 melanda bahagian selatan kepulauan Kuril di timur Russia, semalam manakala di Sepanyol banjir kilat di Sant Llorenc des Cardassar yang mengalir deras merempuh bangunan dan menghanyut­kan kenderaan dengan 10 maut.

Taufan Michael pula akhirnya membadai Teluk Florida di Amerika Syarikat dengan tiga orang dilaporkan terkorban ketika ribut itu membawa banjir yang merosakkan kawasan kediaman dan bangunan lain serta menumbangk­an pokok dan menjejaska­n bekalan elektrik. Lihat Ms.72

 ?? [ FOTO AGENSI ] ?? Bali Palu
[ FOTO AGENSI ] Bali Palu
 ??  ?? Seorang lelaki turut membantu pasukan penyelamat pada hari terakhir pencarian mangsa di Palu, semalam.
Seorang lelaki turut membantu pasukan penyelamat pada hari terakhir pencarian mangsa di Palu, semalam.
 ??  ?? Amerika Syarikat Ombak besar membadai pantai di Alligator Point di Franklin County, Florida, Amerika Syarikat selepas dilanda taufan Michael, kelmarin. Sekurang-kurangnya tiga orang, termasuk seorang kanak-kanak dilaporkan maut.
Amerika Syarikat Ombak besar membadai pantai di Alligator Point di Franklin County, Florida, Amerika Syarikat selepas dilanda taufan Michael, kelmarin. Sekurang-kurangnya tiga orang, termasuk seorang kanak-kanak dilaporkan maut.
 ??  ?? Penduduk tempatan membersihk­an kawasan di jalanan yang ditenggela­mi lumpur susulan banjir kilat di Sant Llorenc des Cardassar di Pulau Majorca, Sepanyol, kelmarin. Sekurangku­rangnya 10 orang, termasuk dua warga Britain terkorban dalam insiden itu. Sepanyol
Penduduk tempatan membersihk­an kawasan di jalanan yang ditenggela­mi lumpur susulan banjir kilat di Sant Llorenc des Cardassar di Pulau Majorca, Sepanyol, kelmarin. Sekurangku­rangnya 10 orang, termasuk dua warga Britain terkorban dalam insiden itu. Sepanyol
 ??  ?? Seorang pesakit dipindahka­n di Hospital Larasati di Pamekasan, Indonesia selepas kawasan itu dilanda gempa, semalam. Indonesia
Seorang pesakit dipindahka­n di Hospital Larasati di Pamekasan, Indonesia selepas kawasan itu dilanda gempa, semalam. Indonesia
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia