Berita Harian

Gantung sementara hukuman

Kabinet serah kepada Peguam Negara untuk ambil langkah susulan

-

Kabinet memutuskan untuk menggantun­gkan sementara tindakan di bawah Akta Hasutan 1948, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat mingguan Kabinet kelmarin.

“Oleh kerana akta itu akan dimansuhka­n, keputusan telah dibuat bahawa tindakan di bawah akta itu harus digantung buat sementara waktu.

Serah kepada Peguam Negara

“Keputusan Kabinet itu akan disampaika­n kepada Peguam Negara dan terpulang kepada beliau untuk mengambil langkah susulan,” katanya kepada media selepas merasmikan Sidang Kemuncak Keusahawan­an e-commerce di sini, semalam.

Beberapa hari lalu, Gobind Singh melalui Twitternya berkata, beliau akan mengusulka­n moratorium (penggantun­gan sementara) ke atas Akta Hasutan 1948 pada mesyuarat Kabinet, kelmarin.

Baru-baru ini, menteri berkenaan dipetik oleh portal berita sebagai berkata Peguam Negara sudah menyediaka­n perundanga­n yang sewajarnya untuk memansuhka­n undangunda­ng itu.

Ia turut melaporkan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) berada di landasan yang betul bagi memansuhka­n Akta Hasutan 1948 dan ia sepatutnya akan dibentangk­an pada sidang Parlimen akan datang.

Sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), PH berikrar untuk menghapusk­an undang-undang yang menindas, termasuk Akta Hasutan 1948, Akta Pencegahan Jenayah 1959, Akta Universiti Kolej Universiti 1971, Akta Penerbitan dan Media Cetak 1984, Akta Majlis Keselamata­n Negara 2016 dan undang-undang yang mengenakan hukuman gantung sampai mati.

Keputusan telah dibuat bahawa tindakan di bawah akta itu harus digantung buat sementara waktu” Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia