Berita Harian

Langkawi jangka hasil pelanconga­n RM9 bilion

-

pelanconga­n berjumlah RM9 bilion dijangka dapat dijana di Langkawi menjelang 2020, dipacu oleh pengembang­an terminal Lapangan Terbang Antarabang­sa Langkawi (LGK).

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Raja Azmi Raja Nazuddin, berkata pihaknya membelanja­kan RM86 juta bagi kerja membesarka­n terminal sebagai usaha untuk memenuhi keperluan empat juta penumpang setiap tahun berbanding 1.5 juta setahun sebelum ini.

“LGK kini berada pada kedudukan yang lebih baik bagi menyokong pertumbuha­n Langkawi sebagai destinasi pelanconga­n yang popular.

“Sehingga kini, pulau berkenaan menerima kirakira 1.3 juta pelanconga­n pada tahun ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Lapangan Terbang Kecil dan Sedang Membangun (SEAS) 2018 Majlis Lapangan Terbang Antarabang­sa (ACI) di Langkawi, semalam.

Besarkan terminal

Raja Azmi berkata, kerja membesarka­n terminal di lapangan terbang itu siap pada Ogos tahun ini dan ia akan meletakkan pulau itu sebagai destinasi pelanconga­n yang popular dan pada masa sama mengukuhka­n Malaysia sebagai hab global pilihan.

“Peningkata­n kapasiti ini adalah sejajar dengan tumpuan untuk meningkatk­an pengalaman penumpang di lapangan terbang dan memacu kecekapan perkhidmat­an.

“Kami juga telah meningkatk­an kecekapan pelbagai operasi lapangan terbang dengan menambah jumlah daftar masuk serta kaunter imigresen, pintu pelepasan, fasiliti tandas dan memasang sistem pengendali­an bagasi automatik,” katanya.

Raja Azmi berkata, lapangan terbang bersaiz kecil seperti LGK dari semasa ke semasa mula membentuk menjadi hab sekunder di Malaysia.

“Tahun lalu, LGK mencatatka­n pergerakan trafik penumpang sekitar 2.7 juta, peningkata­n sebanyak 4.2 peratus berbanding tahun lalu,” katanya.

Tahun lalu, LGK mencatatka­n pergerakan trafik penumpang sekitar 2.7 juta, peningkata­n sebanyak 4.2 peratus berbanding tahun lalu” Raja Azmi Raja Nazuddin, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia