Berita Harian

KLIMS’18 tawar pelbagai tarikan baharu

-

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) memperuntu­kkan RM7 juta untuk kempen pengiklana­n dan promosi besarbesar­an bagi Pameran Motor Antarabang­sa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS’18) dalam usaha menjana publisiti meluas untuk acara itu.

KLIMS’18 yang berlangsun­g pada bermula 23 November hingga 2 Disember ini di Pusat Pameran dan Perdaganga­n Antarabang­sa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur ini bakal menyaksika­n pameran terbabit dipromosik­an melalui platform media seperti rangkaian media cetak, digital, penyiaran dan pengiklana­n luar.

Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad, berkata pemain industri automotif kini bersedia membawakan semula pameran motor ikonik di Malaysia itu yang bakal menawarkan pelbagai tarikan untuk peminat kenderaan dan orang ramai selepas penganjura­nnya terhenti selama lima tahun sejak edisi KLIMS lalu.

“Pameran ini adalah platform pelancaran model baharu kereta penumpang, motosikal dan kenderaan komersil di negara ini dan tujuh kereta konsep juga akan turut serta di samping pengenalan produk automotif yang inovatif,” katanya pada pelancaran kempen pengiklana­n dan promosi KLIMS’18 di Kuala Lumpur, semalam.

Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) melalui dua jenama akhbarnya, iaitu BH dan New Straits Times (NST) menjadi satu daripada organisasi media yang turut menjalinka­n kerjasama dengan MAA bagi mempromosi­kan KLIMS’18.

Hadiah menarik

Beliau berkata, pengunjung acara itu akan dapat merasai penambahba­ikan yang bakal menjadikan acara itu benarbenar berbeza dari KLIMS sebelumnya.

Harga tiket masuk ke KLIMS’18 adalah RM20 untuk dewasa bagi hari bekerja dan RM25 (hujung minggu) dan RM5 untuk pelajar serta kanakkanak 12 tahun ke bawah sepanjang minggu di mana ia juga boleh dibeli secara atas talian di Airasia Red Tix dengan promosi menarik.

Pada kali ini, pengunjung berpeluang untuk memenangi dan membawa pulang tiga buah kereta dari jenama paling popular di Malaysia iaitu Toyota CHR, Honda City dan Perodua Myvi melalui pembelian tiket masuk ke acara terbabit.

 ?? [ FOTO AIZUDDIN SAAD/BH ] ??
[ FOTO AIZUDDIN SAAD/BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia