Berita Harian

Pelabur waspada ketegangan As-china

-

Pasaran saham Asia sedikit perlahan semalam dengan kebanyakan pasaran melihat sedikit pergerakan seperti ketegangan yang berlaku antara Amerika Syarikat (AS)China.

Perbincang­an antara Menteri Luar China, Wang Yi dan Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo di Beijing pada Isnin menekankan lagi kebimbanga­n pasaran mengenai hubungan China-as.

“Kerosakan di rundingan dapat menggagalk­an pasaran global sepenuhnya.

“Kita tidak boleh memandang rendah kesan berpotensi ketidaksta­bilan yuan yang lemah akan berlaku di pasaran serantau, jika bukan pasaran global,” kata Ketua perdaganga­n Asia-pasifik di OANDA, Stephen Innes.

Tinjauan Ekonomi Dunia IMF meramalkan ekonomi China akan berkembang 6.2 peratus tahun depan, turun daripada ramalan sebelumnya sebanyak 6.4 peratus.

Selepas penjualan terbesar dalam tiga bulan pada Isnin, pasaran saham Shanghai sebahagian besarnya tidak berubah hingga Selasa, akhirnya ditutup 0.2 peratus.

“Jika konfrontas­i perdaganga­n berterusan, mata wang China akan turun lebih rendah dan ini akan mewujudkan pelbagai masalah bagi ekonomi global,” kata ketua strategi di BNY Investment Management, kepada Bloomberg News.

Hong Kong merosot 0.1 peratus dalam dagangan lewat selepas menghabisk­an sebahagian besar hari di wilayah positif.

“Ketenangan yang relatif dalam sesi Asia hari ini (semalam) membuktika­n ketakutan yang terus menggantun­g pasaran ekuiti,” kata Innes.

Pasaran merosot di Tokyo untuk sesi keempat berturut-turut, jatuh 1.3 peratus apabila peniaga kemlam bali dari hujung minggu yang panjang, dengan saham yang diseret turun oleh yen yang lebih tinggi, kebimbanga­n terhadap China dan gangguan sistem perdaganga­n yang menjejaska­n sebahagian daripada hari dagangan.

Toyota, yang mengumumka­n pemulangan kereta hibrid secara besar-besaran pada hari Jumaat, menjunam tiga peratus.

Pasaran saham utama Eropah mengadakan pemulihan sederhana pada Selasa untuk meningkat kira-kira 0.1 peratus pada loceng pembukaan.

 ?? [FOTO AFP] ?? Nikkei Tokyo susut 1.3 peratus dengan lonjakan yen selepas pasaran kembali dari hujung minggu yang panjang.
[FOTO AFP] Nikkei Tokyo susut 1.3 peratus dengan lonjakan yen selepas pasaran kembali dari hujung minggu yang panjang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia