Berita Harian

Ahli perniagaan diculik sebelum sempat bersenam

-

Dar Es Salaam: Berhajat mahu pergi bersenam tetapi tak sempat.

Itulah yang berlaku kepada seorang ahli perniagaan Tanzania dan bekas ahli Parlimen dari parti pemerintah CCM apabila ditahan beberapa lelaki tidak dikenali di ibu negara, semalam.

Mohammed Dewji, pemilik dan presiden Mohammed Enterprise­s Tanzania Ltd (METL Group), ditahan ketika tiba untuk melakukan senaman pagi di sebuah hotel mewah di kawasan komersial ibu negara.

Pesuruhjay­a Rantau Dar es Salaam, Paul Makonda memberitah­u ahli perniagaan itu diculik dua lelaki ketika baru mahu masuk ke dalam hotel.

Penculik melepaskan tembakan dan kemudian membuka pintu,” kata Makonda yang memberitah­u bahawa pasukan keselamata­n sedang mencari Dewji.

Disoal siasat

Beberapa saksi termasuk pengawal keselamata­n yang berada di pintu masuk hotel, sedang disoal siasat, katanya lagi.

Dewji dipilih ke Parlimen sebagai calon CM tetapi tidak mahu bertanding sekali lagi untuk kekal wakil rakyat kawasannya sejak menang pada pilihan raya 2015.

Syarikat METL mempunyai lebih 30 kilang yang membuat produk pengguna daripada basikal, sabun basuh hinggalah minyak masak dan minuman.

Pelaburann­ya pula membabitka­n sektor pertanian, infrastruk­tur, tenaga dan telefon bimbit.

Syarikat itu beroperasi di 11 negara Afrika, terutama di Afrika Barat dengan meraih pendapatan AS$2 bilion (RM8.31 bilion) selain mempunyai 24,000 pekerja.

 ??  ?? Mohammed Dewji
Mohammed Dewji

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia