Berita Harian

Misi maruah berdepan Jepun hari ini

-

Kuala Lumpur: Malaysia berdepan misi menyelamat­kan maruah apabila berdepan Jepun dalam saingan hoki Piala Sultan Johor di Stadium Taman Daya, di sini, hari ini.

Bagi Jepun pula, mereka meletakkan sasaran tinggi bagi perlawanan itu untuk layak ke pentas akhir.

Skuad kendalian Nor Saiful Zaini hanya mencatat satu keputusan seri menentang New Zealand daripada empat perlawanan sebelum ini dan akan berdepan Jepun pada aksi terakhir.

Jepun terikat tujuh mata bersama Britain dan memerlukan kemenangan untuk menghidupk­an peluang mereka ke final.

India sudah mengesahka­n slot di pentas akhir selepas mengumpul 12 mata dengan berbaki satu perlawanan berdepan Britain.

Sama ada menang, seri atau kalah berdepan Jepun, Malaysia tetap perlu bermain untuk perebutan tempat kelima dengan New Zealand.

Perbaiki kelemahan

“Sudah pasti ia satu situasi yang sangat mengecewak­an buat pemain, tapi mereka tetap menamatkan kejohanan ini dengan satu pendedahan antarabang­sa dalam kumpulan ini,” katanya.

“Kami akan bermain untuk maruah dalam dua perlawanan berikutnya, dan saya menjangkak­an Jepun akan mengeluark­an segala kekuatan yang mereka ada apabila berdepan kami.”

Bagi Saiful, masalah utama yang membelengg­u pasukannya adalah hanya ‘melihat ke arah bola’.

“Mereka tampak kaku ketika detik-detik penting dan hanya ‘melihat ke arah bola’. Inilah punca kekalahan besar (5-1) kepada Britain.

“Kami akan fokus untuk memperbaik­i kelemahan dari aspek itu kepada mereka untuk memastikan ia tidak berlaku apabila berdepan Jepun nanti.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia