Berita Harian

Sumareh taruhan di Colombo

Cheng Hoe yakin ‘Keli Boy’ mampu rancang robek gawang Sri Lanka

- Oleh Syafiq Aznan

Kuala Lumpur

PJumaat ini (malam esok).

“Kemasukan Sumareh juga memberi pilihan kepada saya di jentera†serangan. Semoga penyerang yang diturunkan dapat mencari keserasian terbaik,” katanya menjelang pertemuan dengan Sri Lanka di Colombo malam ini.

Bagi aksi persahabat­an ini, Cheng Hoe hanya membawa 22 pemain selepas menggugurk­an Rawilson Batuil, Akram Mahinan dan Nor Hakim Hassan susulan kecederaan.

Namun ia membawa pemain tengah skuad bawah 19 tahun negara (B-19), Nik Akif Syahiran Nik Mat.

Mengulas lanjut aksi bertemu Sri Lanka yang menduduki ranking ke-199 dunia itu, Cheng Hoe menegaskan beliau masih lagi mencari keserasian dan kombinasi terbaik yang bakal digunakan pada saingan Piala AFF Suzuki 2018.

Peluang pemain

“Keputusan positif tetap dimahukan kerana pemain perlu terus meningkatk­an prestasi dalam setiap perlawanan walaupun ia hanya perlawanan persahabat­an.

“Saya juga akan memberi peluang kepada pemain yang baru dipanggil untuk membuktika­n keupayaan masing-masing sebelum memutuskan senarai akhir ke Piala AFF Suzuki 2018 nanti,” kata Cheng Hoe yang memburu kemenangan keempat sejak mengendali skuad kebangsaan hujung tahun lalu.

Selepas aksi di Colombo, anak buah Cheng Hoe yang menduduki ranking ke-171 dunia akan bertemu Kyrgyzstan atau Republik Kyrgyz di Stadium Hang Jebat, Selasa ini dan satu lagi aksi persahabat­an menentang Maldives pada 3 November di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Menerusi lima aksi persahabat­an yang diharungi sebelum ini, anak buah Cheng Hoe berjaya meraih tiga kemenangan iaitu 7-0 ke atas Bhutan, Fiji (1-0)†dan Kemboja (3-1), namun terikat 2-2 menentang Mongolia pada aksi sulung dan tewas 0-2 di tangan Taiwan.

 ?? [ FOTO IHSAN FAM ] ?? Skuad Harimau Malaya selamat tiba di Colombo semalam untuk aksi menentang Sri Lanka malam ini.
[ FOTO IHSAN FAM ] Skuad Harimau Malaya selamat tiba di Colombo semalam untuk aksi menentang Sri Lanka malam ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia