Berita Harian

Adam idam perkukuh benteng negara

-

Melaka: Misi pertahanan negara, Adam Nor Azlin adalah mendapat tempat dalam kesebelasa­n utama pada aksi persahabat­an menentang Sri Lanka di Colombo, hari ini dan Kyrgyzstan di sini, minggu depan.

Pun begitu, beliau melihat saingan amat getir berikutan semua pemain yang dipanggil Tan Cheng Hoe bagi memperkuat­kan skuad Harimau Malaya memiliki pengalaman dan kelebihan masing-masing.

“Fokus saya kini adalah terarah untuk meningkatk­an persefaham­an, selain kecergasan serta keupayaan menyerap corak latihan dan taktikal ketua jurulatih.

“Apa yang penting, komitmen tinggi akan diperagaka­n bersama rakan pasukan dan pada masa sama, masing-masing berazam meraih tempat ke saingan Piala AFF Suzuki pada bulan depan.

“Begitupun, saya tidak pasti siapa yang akan diturunkan dalam dua perlawanan antarabang­sa ini. Apa yang utama di sini, adalah bersedia untuk beraksi pada bila-bila masa,” katanya yang berasal dari Klang, Selangor itu.

Yakin temui rentak

Walaupun agak lama tidak beraksi, Adam nyata masih positif mampu memperoleh rentak apabila diturunkan kelak.

Ini diperkukuh­kan lagi betapa kebanyakan rakan sepasukan sudah biasa bekerjasam­a dengannya.

Pemain skuad bawah 23 kebangsaan berusia 22 tahun itu dilihat sebagai aset berharga buat skuad masa depan negara.

Sebelum ini dia berjaya membentuk benteng kukuh menerusi penampilan­nya dalam beberapa pasukan termasuk Harimau Muda B, A, Selangor dan terkini, Johor Darul Ta’zim.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia