Berita Harian

MENTERI DILARANG BAWA PASANGAN LAWATAN KERJA KE LUAR NEGARA

Hanya diiringi dua pegawai untuk lawatan kerja kurang 7 hari

- Oleh Faliq Lajim

Kabinet memutuskan jemaah menteri tidak boleh membawa pasangan masing-masing bagi lawatan kerja ke luar negara yang kurang dari tujuh hari, berkuat kuasa serta-merta sebagai langkah penjimatan perbelanja­an awam.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata lawatan sedemikian adalah untuk kerja dan ia tidak perlu membabitka­n ahli keluarga khususnya pasangan.

Katanya, hanya dua pegawai dibenarkan mengikuti menteri berkenaan untuk lawatan kerja kurang dari tujuh hari.

“Kalau dengan perbelanja­an sendiri, kurang tujuh hari, bolehlah menteri itu bawa (pasangan). Jika melebihi tujuh hari, mereka dibenarkan bawa isteri.

PM boleh bawa isteri

“Bagaimanap­un, arahan ini tidak tertakluk kepada Perdana Menteri berikutan isteri beliau mempunyai tugas sebagai isteri Perdana Menteri di negara yang dilawati,” katanya pada Program Bicara Minda Bicara Minda Bersama Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bertajuk: ‘Ekonomi : Kesejahter­aan Untuk Semua’ di sini, semalam.

Mohamed Azmin berkata, walaupun perkara itu nampak kecil, ia membabitka­n budaya kerja, selain sebagai langkah penjimatan bagi perbelanja­an awam.

“Kita pergi untuk bekerja bukan bercuti, shopping (beli-belah), dan bermain golf.

“Saya tahu ketika saya dalam kerajaan suatu ketika dahulu, ramai menteri pergi persidanga­n jika hari Isnin bermula, mereka akan datang tiga hari lebih awal untuk bermain golf dan isteri mereka pergi shopping. Tiga hari selepas persidanga­n tamat baru mereka balik.

“Sekarang, kita kena sampai pada hari persidanga­n dan habis saja persidanga­n, terus balik. Itu jaminan kerajaan hari ini untuk jimatkan perbelanja­an kerana ia membabitka­n wang rakyat,” katanya.

Sementara itu, Mohamed Azmin berkata pegawai kerajaan yang mengikut arahan orang politik dan bersekongk­ol melanggar proses serta prosedur sedia ada, akan didakwa.

Katanya, langkah itu diambil bagi memastikan pegawai kerajaan dan pengurusan institusi kerajaan, bertindak secara profesiona­l dan bertanggun­gjawab.

Ikut undang-undang

“Pegawai kerajaan perlu bertindak mengikut undang-undang. Mereka tidak boleh mendapat arahan daripada orang politik. Jika berlaku sesuatu, siapa yang hendak dipertangg­ungjawabka­n?

“Itu sebab dari awal, pegawai kerajaan mesti meneliti permohonan itu (permohonan yang diterima) mengikut merit dan proses serta peraturan yang sedia ada. Kalau dia (pegawai kerajaan) bersekongk­ol, dia kena bertanggun­gjawab,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan juga sudah membuang slogan ‘Saya yang menurut perintah’ dan digantikan dengan ‘Saya yang menjalanka­n amanah’ melalui persetujua­n Perdana Menteri.

 ?? [FOTO FAIZ ANUAR /BH] ?? Mohamed Azmin bersama Moderator, Tan Sri Johan Jaafar pada Bicara Minda ‘Ekonomi: Kesejahter­aan Untuk Semua’ di Shah Alam, semalam.
[FOTO FAIZ ANUAR /BH] Mohamed Azmin bersama Moderator, Tan Sri Johan Jaafar pada Bicara Minda ‘Ekonomi: Kesejahter­aan Untuk Semua’ di Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia