Berita Harian

Tun M mahu rantau ASEAN eksploitas­i sumber ekonomi

PM kesal Nusantara tidak manfaat hasil produk, tambah nilai barangan

-

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sedih kerana ASEAN tidak memanfaatk­an sepenuhnya potensi sebagai kuasa besar ekonomi, walaupun mempunyai sumber yang banyak dan pasaran pengguna hampir 700 juta orang.

“Nusantara ini penuh dengan sumber yang kaya, bukan sahaja minyak tetapi ada juga banyak galian. Kita tidak mengeksplo­itasi dan jika kita keluarkan galian ini, kita boleh menggunaka­nnya untuk menghasilk­an barangan dan menambah nilai,” katanya yang kembali ke persada ASEAN selepas menjadi pemimpin nombor satu negara buat kali kedua.

Bercakap kepada BERNAMA dan RTM pada akhir Perhimpuna­n Pemimpin ASEAN, di sini, kelmarin, beliau berkata, ASEAN pada masa ini mempunyai penduduk hampir 700 juta orang yang mana ia semakin kaya, tetapi anehnya adalah, seperti Malaysia, ia juga adalah kumpulan pengguna.

“Mereka hanya membeli dan menggunaka­n barangan dari luar, sedangkan dengan jumlah penduduk (sebanyak) ini, ASEAN boleh menjadi pusat pengeluara­n besar seperti China.

“China sebelum ini miskin, pendudukny­a juga miskin tetapi kerana pendudukny­a sangat besar, penggunaan tempatan menyokong industri negara.

Boleh jadi kumpulan besar

“Justeru, ASEAN boleh menjadi kumpulan yang sangat besar dan menjadi lebih kaya,” katanya.

Perhimpuna­n Pemimpin ASEAN itu diadakan di luar Mesyuarat Tahunan Tabung Kewangan Antarabang­sa dan Bank Dunia bertemakan Mencapai Matlamat Pembanguna­n Mampan dan Menangani Jurang Pembanguna­n Menerusi Tindakan Kerjasama Serantau dan Global.

Mengenai jika ada sebarang industri khusus bagi Malaysia, Dr Mahathir berkata: “Kita boleh melihat banyak motosikal di sini. Lebih banyak dari di Malaysia, tetapi tidak ada sebuah pun motosikal berkenaan dibuat di ASEAN atau Indonesia.”

Katanya, di sebalik pasaran domestik yang besar yang ia boleh gunakan untuk mempromosi­kannya, ASEAN tidak mengeksplo­itasi sepenuhnya.

“Mereka membeli dari luar - kereta, motosikal. Semuanya dibeli dari luar. Mereka boleh membuatnya di sini, jika kita tidak mempunyai teknologi berkenaan kita boleh mengimport­nya.

“Kita boleh mendapatka­n pelabur asing, tetapi kita tidak menuju ke arah itu.

“Saya tidak kecewa tetapi sudah 15 tahun saya tidak berada di sini, tetapi mereka masih tidak bersatu dengan baik,” katanya apabila ditanya mengenai kekecewaan­nya terhadap ASEAN.

Dr Mahathir berkata, kumpulan 10 ahli itu seharusnya mengetepik­an perasaan wasangka bagi membolehka­n kumpulan itu melaksanak­an prinsipnya untuk memberi kemakmuran kepada jirannya.

“Ada beberapa perasaan yang berlarutan yang mana kita tidak boleh percaya antara satu sama lain. Bagaimanap­un, kita tahu dengan pasaran yang ada, kita boleh menjadi sebuah kuasa yang sangat besar, tetapi setiap negara mempunyai undang-undang dan dasarnya,” katanya

Beliau percaya bahawa, jika undang-undang dan dasar, terutama yang berkaitan dengan pelaburan dapat diselarask­an, ASEAN boleh maju dengan pantas.

Undang-undang pelaburan berbeza

“Setiap negara mempunyai undang-undang pelaburan berbeza, kita seharusnya mempunyai yang sama, (mungkin) tidak seakan sama, supaya memudahkan untuk melabur di negara masing-masing. Pada masa ini ia tidak mudah,” katanya.

Menyentuh mengenai pembanguna­n mampan, Dr Mahathir berkata, Malaysia sebenarnya sudah mencapai banyak sasaran yang digariskan di bawah Matlamat Pembanguna­n Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Antara 17 SDG itu adalah tiada kemiskinan, sifar kelaparan, air yang bersih, pendidikan berkualiti, persamaan jantina, pekerjaan yang baik dan pertumbuha­n ekonomi, bandar raya mampan dan tindakan iklim yang perlu dicapai menjelang 2030.

“Dan saya fikir, jika rakyat mahir dengan perkara ini, banyak yang boleh kita sumbangkan kerana kita sudah mencapai banyak sasaran itu dan saya fikir jika kita bekerja bersama antara satu sama lain, kita boleh mendapat faedah daripada pengalaman mereka dan mereka boleh mendapat manfaat daripada pengalaman kita,” katanya.

Pada masa sama, Dr Mahathir, yang dikenali sebagai pemimpin yang lantang, berkata negara maju bersikap tidak adil kepada negara sedang membangun.

“Negara membangun di Barat memberitah­u kita, mampan, mampan... yang bermakna bahawa anda tidak boleh lakukan ini, itu. Kerana ini salah, ini merosakkan hutan anda, haiwan, habitat dan macam-macam lagi.

“Bagaimanap­un, bila mereka membangun, mereka tidak mempunyai masalah ini, mereka tidak bercakap mengenai pembanguna­n mampan atau sesuatu yang seperti itu.

“Mereka menebang semua pokok mereka. Ingat Robin Hood dan Hutan Sherwood? Sudah tidak ada Hutan Sherwood sekarang. Jadi, sekarang mereka memberitah­u kita bahawa kita mesti menyerap karbon dioksida yang mereka hasilkan.

“Ini tidak adil,” sindir beliau.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Antara pemimpin yang menghadiri Perhimpuna­n Pemimpin ASEAN (ALG) di Bali, semalam.
[FOTO BERNAMA] Antara pemimpin yang menghadiri Perhimpuna­n Pemimpin ASEAN (ALG) di Bali, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia