Berita Harian

Malaysia tuan rumah ISESCO Ke-14, 2021

-

Putrajaya: Malaysia diberi penghormat­an menjadi tuan rumah Persidanga­n Umum Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Islam (ISESCO) Ke-14 yang akan berlangsun­g pada 2021.

Kementeria­n Pendidikan dalam satu kenyataan berkata, pemilihan Malaysia diputuskan pada Persidanga­n Umum ISESCO Ke13, kelmarin dan diumumkan sebulat suara oleh Ketua Pengarahny­a, Dr Abdulaziz Othman Altwaijri.

“Persidanga­n Umum Ke-13 berlangsun­g di Rabat, Maghribi akan berakhir hari ini (semalam) dan ia berlangsun­g setiap tiga tahun sekali,” katanya.

ISESCO yang beribu pejabat di Rabat ditubuhkan pada Mei 1979. Dianggotai 52 negara, ISESCO kini adalah pertubuhan negara Islam terbesar yang memfokus dalam bidang pendidikan, sains dan kebudayaan.

Menurut kenyataan itu, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang kini menghadiri persidanga­n berkenaan mengucapka­n penghargaa­n atas penghormat­an yang diberikan kepada Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi sesi ke14.

Pada masa sama, beliau dipetik berkata, Malaysia komited untuk menganjurk­an persidanga­n umum akan datang dengan efektif bagi menjayakan matlamat penubuhan ISESCO.

Ketengah lima perkara

Maszlee mengetenga­hkan lima perkara utama ketika berucap pada sidang pleno Persidanga­n Umum ISESCO Ke-13, iaitu mengulangi sokongan padu berterusan kerajaan Malaysia bagi Palestin dan perjuangan rakyatnya.

“Seterusnya, menegaskan semua pendirian Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke-73 bulan lalu mengenai keperluan melihat punca asas konflik melanda dunia hari ini dan PBB mencapai matlamat murni mengakhiri peperangan antara negara.

“Menekankan keperluan pendidikan yang berkualiti dan keperluan menyediaka­n golongan belia dengan pengetahua­n dan ilmu yang diperlukan bagi mendepani cabaran masa depan,” katanya.

Dua perkara lagi yang turut diketengah­kan ialah menggesa negara anggota ISESCO berganding bagi melaksanak­an pembanguna­n mampan dan bekerjasam­a dalam program dan aktiviti penyelidik­an.

Selain itu, mempelawa negara anggota ISESCO untuk menghantar pelajar mereka bagi mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia