Berita Harian

Kaji akta sembunyi kes buli: TPM

Tindakan jika tidak lapor kepada pihak berkuasa

- Oleh Nur Aqidah Azizi dan Tuty Haryanti Ahmad Rodzi cnews@nstp.com.my

Kerajaan akan mengkaji untuk mewujudkan akta baharu terhadap pihak yang menyembuny­ikan kejadian buli, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Timbalan Perdana Menteri ber- kata, menerusi undang-undang itu, pihak yang mengetahui mengenai kejadian buli tetapi tidak melaporkan­nya kepada pihak berkuasa boleh dikenakan tindakan.

“Semua pihak harus berperanan dan segera melaporkan kejadian buli di sekeliling mereka.

“Jangan ambil sikap sambil lewa kerana kita tidak berkomprom­i untuk kes buli,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program ‘Malaysia Against Bullies’ di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Port Dickson di sini, semalam.

Langkah proaktif

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata semua pihak perlu bersikap proaktif untuk memastikan gejala buli dapat dibendung dan dihapuskan.

“Selain guru, ibu bapa dan rakan sekolah turut bertanggun­gjawab melaporkan kes buli.

“Kita perlu mendapatka­n laporan supaya tindakan sewajarnya boleh diambil,” katanya.

Dr Wan Azizah turut menggesa ibu bapa memantau anak mereka daripada terbabit dengan gejala buli siber atau menjadi mangsa sedemikian.

Katanya, dunia berteknolo­gi moden ketika ini memerlukan ibu bapa seiring dengan keadaan semasa dan mengawasi anak mereka.

Jangan ambil sikap sambil lewa kerana kita tidak berkomprom­i untuk kes buli” Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri

 ??  ?? Wan Azizah bergambar bersama pelajar selepas Program ‘Malaysia Against Bullies’ di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Port Dickson, semalam.
Wan Azizah bergambar bersama pelajar selepas Program ‘Malaysia Against Bullies’ di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Port Dickson, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia