Berita Harian

Kementeria­n tak pernah bincang syor cuti sekolah berperingk­at

-

Kuala Lumpur: Cadangan cuti sekolah berperingk­at antara negeri hanyalah pandangan peribadi daripada Timbalan Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan, Muhammad Baktiar Wan Chik.

Justeru, kerajaan memang tidak membincang­kan atau melaksanak­an idea berkenaan.

Perkara ini, dinyatakan sendiri oleh Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Muhamaddin Ketapi yang turut menegaskan, cadangan daripada timbalanny­a itu bukan datang dari kementeria­nnya dan tidak pernah dibincangk­an.

“Itu adalah pandangan peribadi beliau (Muhammad Baktiar) dan ia tidak pernah dibincangk­an dalam kementeria­n. Jika tanya pandangan saya, jawapan saya, tidak!” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Pameran Cerita Fesyen & Reka Bentuk Sweden dengan tema Kraf Persatuan di Balai Seni Negara, di sini, semalam.

Tak setuju dengan cadangan

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Balai Seni Negara, Profesor Datuk Dr Mohamed Najib Ahmad Dawa dan Duta Sweden di Malaysia, Dag Juhlin-dannfelt.

Selasa lalu, Muhammad Bakhtiar mencadangk­an cuti sekolah diadakan secara berperingk­at antara negeri bagi memacu sektor pelanconga­n dan mengurangk­an kesesakan di beberapa tempat tumpuan pelancong tempatan, namun kebanyakan pihak tidak bersetuju dengan idea itu.

Dalam perkembang­an lain, Mohamaddin berkata, dasar pelanconga­n China yang diperkenal­kan beberapa tahun lalu bagi menggalakk­an rakyatnya melawat destinasi domestik adalah antara faktor penurunan ketibaan pelancong dari negara itu ke Malaysia ketika berlangsun­gnya cuti umum Golden Week.

Tonjol warisan kreatif

“Cuti Golden Week di negara itu hanya seminggu sahaja, bermula 1 Oktober lalu apabila rakyat China digalakkan bercuti dalam negara.

“Kemerosota­n pelanconga­n China tidak hanya berlaku di Malaysia tetapi turut memberi kesan di seluruh dunia namun ia untuk tempoh seminggu sahaja,” katanya.

Dalam laporan media semalam, ketibaan pelancong dari China ke Malaysia, dianggarka­n turun antara 30 hingga 35 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas berikutan cuti Golden Week itu.

Terdahulu, pada majlis pelancaran Pameran Cerita Fesyen & Reka Bentuk Sweden, Muhamaddin berkata penganjura­n pameran itu oleh Kedutaan Besar Sweden adalah usaha yang baik bagi menonjolka­n warisan dan kreativiti negara itu.

Ia mengandung­i 58 pameran dalam cetakan dan paparan produk dari IKEA, Daniel Wellington dan Assa Abloy

“Pameran ini juga membolehka­n keduadua negara bertukar-tukar idea dan menjalin persahabat­an dua hala,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia