Berita Harian

Sidang kedua Parlimen 30 hari

-

Kuala Lumpur: Persidanga­n Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama Parlimen Ke-14 akan berlangsun­g selama 30 hari bermula 15 Oktober hingga 11 Disember depan.

Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah dalam kenyataan semalam berkata, notis pemberitah­uan mesyuarat kepada anggota Dewan Rakyat sudah dikeluarka­n pada 14 September lepas.

“Urusan pertama mesyuarat bagi minggu pertama dimulai dengan upacara mengangkat sumpah anggota Parlimen bagi mengisi kerusi Parlimen Port Dickson pada 15 Oktober, jam 10 pagi dan diteruskan dengan perbahasan Rang Undang-undang dan urusan kerajaan yang lain,” katanya.

Pada 18 Oktober pula, akan diadakan Pembentang­an Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 yang akan dibentangk­an oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada pukul 4 petang.

Pembentang­an Belanjawan 2019 pada 2 November

Beliau berkata, perbahasan mengenai Pembentang­an Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 akan berlangsun­g pada minggu kedua dan diikuti dengan menteri menjawab pada minggu ketiga.

Pembentang­an Belanjawan 2019 pula akan diadakan pada 2 November, jam 4 petang, diikuti dengan perbahasan belanjawan itu di peringkat dasar pada minggu keempat dan kelima, seterusnya dibawa ke peringkat jawatankua­sa pada minggu ketujuh dan kelapan.

“Dua hari terakhir akan diperuntuk­kan bagi Rang Undang-undang dan urusan kerajaan yang lain pada minggu kesembilan.

“Sementara itu, Persidanga­n Dewan Negara akan berlangsun­g selama 12 hari dari 3 Disember hingga 11 Disember yang akan turut membentang dan membahaska­n Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 dan Belanjawan 2019,” katanya.

Dua hari terakhir akan diperuntuk­kan bagi Rang Undang-undang dan urusan kerajaan yang lain pada minggu kesembilan” Roosme Hamzah, Setiausaha Dewan Rakyat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia