Berita Harian

Penganjura­n tiada masalah jika tak gugat awam: Azmin

-

Shah Alam: Penganjura­n Oktoberfes­t dilihat tidak mengundang masalah selagi tidak mengganggu ketenteram­an awam, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, ketika penganjura­n di Selangor sebelum ini, kerajaan negeri memberi kelulusan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengenakan beberapa syarat ke atas penganjur.

Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata, ketika pentadbira­nnya dahulu, acara itu pernah dianjurkan dan beliau tidak nampak sebarang permasalah­an terhadap penganjura­nnya.

“Penganjur diberi syarat oleh PBT. Pertama, dari segi keselamata­n dan kawasan yang dibuat mesti tertutup, yang boleh menjamin keselamata­n penduduk kawasan sekitar.

“Kedua, penguat kuasa ditempatka­n di situ bagi memastikan tiada orang Islam yang terbabit dalam penganjura­n dan penyertaan Oktoberfes­t,” katanya.

Minta orang ramai tak terjebak polemik

Beliau menjawab soalan peserta pada Program Bicara Minda Bersama Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bertajuk ‘Ekonomi: Kesejahter­aan Untuk Semua’ di Dewan Karangkraf di sini, semalam.

Beliau turut meminta orang ramai tidak terjebak dan terheret dengan polemik berhubung penganjura­n pesta itu.

“Saya ada pengalaman bagaimana kita menguruska­n Oktoberfes­t ketika saya di Selangor. Ada kelompok kecil mempertika­ikan kenapa kerajaan negeri beri kelulusan.

Gambaran diberikan seolaholah ini pesta arak. Tidak benar sama sekali.

Acara tahunan bukan Islam

“Oktoberfas­t adalah acara tahunan yang disambut oleh kumpulan bukan Islam. Kita tak benarkan orang Islam untuk menyertai Oktoberfes­t,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini, acara itu bukan saja dianjurkan di Selangor, malah di Johor dan beberapa negeri lain dan semuanya teratur serta aman.

“Ini dasar kerajaan yang mempertaha­nkan Islam sebagai agama Persekutua­n, tetapi dalam masa yang sama kita tidak boleh menghalang amalan budaya kaum dan agama yang lain selagi ia dibuat dalam keadaan terkawal dan menjamin keselamata­n,” katanya.

 ??  ?? Keratan akhbar BH semalam.
Keratan akhbar BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia