Berita Harian

PAS sedia disiasat dakwaan terima RM2.5J

-

Marang: Kepemimpin­an PAS sedia disiasat pihak berkuasa berhubung dakwaan parti itu menerima dana RM2.5 juta daripada UMNO yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Presidenny­a, Datuk Seri Hadi Awang, berkata siasatan pihak berkuasa termasuk Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membersihk­an imej parti itu kerana menganggap­nya sebagai fitnah.

“PAS terbuka untuk disiasat termasuk MB (Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar) dan EXCO bersedia disiasat kalau ada salah laku, kita mahu parti kita bersih di bawah kepimpinan kita dan siasat juga orang yang buat tuduhan, apa dia buat ketika jadi EXCO.

“Kita anggap tuduhan ini (menerima dana daripada UMNO) fitnah. Kita mempunyai sikap terbuka terhadap siapa nak beri derma, apabila orang derma, kita tak tanya awak dari UMNO ke PAS, macam orang berniaga jual gula, tak wajib tanya duit (pelanggan) itu dapat atau rompak dari mana, bahkan derma orang bukan Islam pun kita tak soal kerana Islam tidak mengajar begitu,” katanya selepas majlis Diskusi Kesihatan di Dewan Tok Guru, Rusila di sini, semalam.

Laporan polis

Akhbar sebelum ini melaporkan mengenai Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Terengganu yang membuat laporan polis mendesak siasatan terhadap Presiden PAS isu itu selepas tersebarny­a salinan transaksi pemindahan wang daripada pegawai khas Bendahari UMNO sejumlah RM1.5 juta dan RM1 juta, masingmasi­ng kepada Tabung Pembanguna­n Jawatankua­sa Jabatan Pembanguna­n PAS Pusat (JPP) dan tiga penama lain.

Pengarah Komunikasi Pemuda AMANAH Terengganu, Muammar Qaddafi Nasir, berkata pihaknya juga sudah membuat laporan kepada SPRM berhubung transaksi sama.

April lalu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, yang juga Naib Presiden AMANAH ketika berucap pada program di Guar Lobar, Padang Serai, Kedah, mendakwa ada tiga pemimpin PAS Terengganu menerima wang daripada UMNO.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia