Berita Harian

Usah kompromi peniaga makanan pengotor

-

Sudah banyak kali teguran dibuat mengenai sikap peniaga makanan dan minuman di negara ini dalam menjaga soal kebersihan. Mereka memandang remeh dalam aspek penyediaan makanan dan persekitar­an sehingga hampir saban hari media melaporkan berlaku kes keracunan makanan di kantin sekolah, asrama, kafeteria, gerai dan restoran. Kejadian terbaru keracunan makanan membabitka­n sebuah gerai menjual laksa di Baling, Kedah yang sejak minggu lalu, sudah merekodkan 80 mangsa dengan dua kematian. Menurut Kementeria­n Kesihatan daripada 80 kes itu, 31 kes, termasuk dua yang maut membabitka­n mangsa dari Perak, 25 kes di Kedah dan 24 kes lagi dari Selangor dengan sembilan mangsa masih menerima rawat di hospital. Sebelum ini pun, kita dikejutkan bagaimana sebuah premis makanan daun pisang di ibu negara menyediaka­n makanan tidak bersih apabila pekerjanya mencuci pinggan menggunaka­n air lopak di tepi jalan. Ketika pihak berkuasa masih menunggu hasil ujian sampel mi laksa, kuah dan campuran salad dalam laksa dan punca sebenar kejadian keracunan laksa di Kedah, kita sebagai pengguna perlu lebih berhatihat­i dalam memilih makanan yang terjamin kebersihan­nya dan berkhasiat. Kementeria­n dan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang terbabit secara langsung dengan premis makanan juga seharusnya lebih proaktif memantau premis kotor. Pemeriksaa­n harian harus dipertingk­atkan dan bukan sekadar menjalanka­n operasi berkala atau pemeriksaa­n rambang sahaja. Janganlah apabila berlaku kes keracunan makanan atau wabak penyakit sehingga meragut nyawa, barulah kita mengambil tindakan tegas kerana semuanya sudah terlambat. Tiga undang-undang utama yang menjadi rujukan penyediaan makanan di negara ini iaitu, Akta Makanan 1983, Peraturan-peraturan Makanan 1985 dan Peraturanp­eraturan Kebersihan Makanan 2009, juga harus diperkasak­an. Walaupun ada undang-undang lengkap, hukuman yang boleh dikenakan kepada peniaga makanan tercemar disifatkan tidak terlalu berat jika dibandingk­an dengan kesan buruk kepada pengguna. Hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika menjual makanan yang berbahaya kepada pengguna yang terdapat dalam akta juga wajar dikaji semula. Malah, pada peringkat PBT, tindakan sita atau kompaun terhadap premis makanan kotor disifatkan tidak memadai kerana peniaga terus menjalanka­n operasi tanpa rasa bersalah. Kita seharusnya tidak lagi berkomprom­i dan peniaga ingkar seperti ini. Sebagai pengguna pula, gunakan hak kita untuk ‘menghukum’ peniaga makanan kotor, termasuk tindakan memboikot. Banyak kajian sains kesihatan membuktika­n penyakit datang daripada makanan tercemar dan kotor sehingga menjejaska­n kesihatan awam. Imej negara juga akan tercalar di mata pelancong kerana antara faktor pengunjung memilih untuk melawat sesebuah negara adalah kerana tarikan makanannya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia