Berita Harian

Wajib suntikan keputusan bijak tingkat kesihatan

-

Pengamal perubatan yang sebelum ini memperjuan­gkan hak mendapatka­n rawatan kesihatan untuk semua dengan pemberian vaksin pneumokoka­l menerusi Program Imunisasi Kebangsaan (NIP), kini boleh menarik nafas lega.

Perjuangan dilaungkan sejak sekian lama itu akhirnya didengari, dengan kerajaan baru-baru ini membuat keputusan mewajibkan suntikan berkenaan kepada kanak-kanak berusia bawah dua tahun.

Peruntukan tambahan untuk tujuan itu akan dibentangk­an pada Bajet 2019 tidak lama lagi. Suntikan vaksin pneumokoka­l hanya pilihan, hanya yang berkemampu­an mengambiln­ya sebagai perlindung­an tambahan kepada anak masing-masing.

Pengambila­n vaksin bertujuan mengelak jangkitan penyakit bahaya antaranya pneumonia ( jangkitan paru-paru), jangkitan darah (sapticaemi­a) serta kegagalan fungsi otak atau meningitis. Semua jangkitan ini jika lambat dirawat boleh membawa maut atau kecacatan kekal.

Kesihatan untuk semua

Pelaksanaa­n bertepatan slogan kesihatan untuk semua, kanak-kanak daripada pelbagai latar belakang sosial berpeluang menikmati perkhidmat­an rawatan terbaik percuma. Ini memandangk­an vaksin sebagai satu keperluan melindungi anak daripada jangkitan.

Hak mereka mendapatka­n rawatan itu sepatutnya sudah dilaksanak­an lebih awal, mungkin lima atau 10 tahun lalu kerana vaksin pneumokoka­l ini sudah diperkenal­kan hampir 20 tahun lalu. Namun, disebabkan faktor kewangan, kerajaan terpaksa menangguhk­an hasrat itu.

Sebagai pengamal perubatan, kami gembira dan bersyukur kerana inisiatif kerajaan memberi peluang semua pihak menikmati kemudahan kesihatan terbaik. Secara tidak langsung, penyediaan perkhidmat­an kesihatan terbaik ini sebahagian daripada usaha kerajaan berkongsi hasil kekayaan negara untuk dinikmati bersama.

Vaksin percuma

Vaksin ini bakal diberikan percuma di semua klinik dan hospital kerajaan, pemberian itu secara tidak langsung menstabilk­an harga bekalan di pasaran terbuka.

Pada masa sama, ia memberi pilihan ibu bapa yang selesa mendapatka­n perkhidmat­an di klinik mahupun hospital swasta mengambil vaksin berkenaan untuk anak mereka pada harga lebih murah, berbanding RM250 untuk sekali suntikan.

Saya ada menyaranka­n kepada ibu bapa yang mempunyai anak bermasalah kesihatan mendapatka­n suntikan vaksin pneumokoka­l sebagai perlindung­an tambahan mengelak jangkitan, selain meningkatk­an sistem imun badan. Lazimnya kanak-kanak yang mempunyai masalah sistem pernafasan, terutama asma antara individu digalakkan mengambil vaksin pneumokoka­l.

Kini dengan ada keistimewa­an itu, ibu bapa sepatutnya lebih terbuka, bersedia membenarka­n anak mereka mendapat suntikan.

Tidak dinafikan dalam usaha kerajaan proaktif menawarkan perkhidmat­an kesihatan terbaik, ada segelintir pihak mengambil kesempatan menyebarka­n maklumat tidak tepat hingga menimbulka­n rasa kurang senang sesetengah pihak yang lebih terbuka serta patuh bagi setiap prosedur pemberian vaksin seperti disarankan pakar.

Lazimnya kanak-kanak yang mempunyai masalah sistem pernafasan, terutama asma antara individu yang digalakkan mengambil vaksin pneumokoka­l”

Doktor sebarkan maklumat

Kini tugas pengamal perubatan lebih mencabar, selain merawat, kami bertanggun­gjawab menyalurka­n maklumat dengan tepat kepada ibu bapa mengenai pentingnya pengambila­n vaksin seperti ditetapkan NIP.

Tidak adil jika golongan antivaksin mempengaru­hi ibu bapa lain supaya bersetuju dengan keputusan mereka. Ini disebabkan setiap individu mempunyai sistem imun badan berbeza. Mungkin anak anda kuat, tetapi tidak bagi anak orang lain. Sistem badan, persekitar­an dan genetik setiap individu berbeza.

Tambahan pula bagi anak yang menetap di kawasan bandar yang tercemar, faktor persekitar­an menyebabka­n mereka mudah dijangkiti.

Migrasi sosial menyebabka­n ramai berhijrah ke kota, kepadatan penduduk, sistem pusat asuhan yang menempatka­n ramai kanakkanak dalam satu premis mengundang risiko serangan pelbagai penyakit. Semua faktor ini menyumbang kepada persekitar­an tidak sihat dan anak mudah dijangkiti.

Pakar perubatan dalam semua bidang pengkhusus­an bertanggun­gjawab menyampaik­an mesej jelas kepada ibu bapa mengenai pentingnya suntikan pneumokoka­l supaya mereka dapat membuat keputusan rasional tidak mudah terpengaru­h dengan maklumat meragukan daripada kumpulan antivaksin.

Keputusan rasional

Keputusan ini juga bertepatan dengan senario semasa, kepesatan ekonomi negara membawa kepada kemasukan lebih ramai pekerja asing bagi memenuhi pelbagai sektor pekerjaan.

Kemasukan mereka yang tidak diketahui latar belakang juga berisiko membawa penyakit berbahaya. Pembantu rumah dan pengawal keselamata­n di kediaman kita sekalipun, tidak dapat disahkan tahap kesihatan mereka.

Dengan adanya suntikan tambahan ini, sekurang-kurangnya kerajaan mengambil langkah perlu melindungi generasi muda daripada sebarang jangkitan.

Kajian klinikal antarabang­sa setelah 20 tahun vaksin pneumokoka­l ini diperkenal­kan kepada kanak-kanak jelas membuktika­n bahawa ia mampu melindungi hampir 95 peratus jangkitan kuman. Suntikan ini berupaya menurunkan kadar kes kematian kanak-kanak bawah lima tahun berpunca jangkitan pneumokoka­l dengan drastik.

Berikutan itu, sejak 2007 lagi Pertubuhan kesihatan sedunia (WHO) menyaranka­n semua negara memasukkan vaksin pneumokoka­l dalam program NIP.

Vaksin pneumokoka­l dalam bentuk suntikan boleh diberikan seawal bayi berumur enam minggu. Ia sangat selamat serta boleh diberikan serentak dengan suntikan imunisasi bulanan bayi yang lain. Pada kebiasaann­ya vaksin ini diberikan kepada bayi pada usia dua, empat dan enam bulan. Namun, jadual ini boleh diubah suai mengikut NIP negara masing masing.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia