Berita Harian

ERC tegur kempen Anwar

Beberapa aktiviti tak sepatut berlaku: Abdul Rashid

-

Jawatankua­sa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC) menegur beberapa aktiviti yang tidak sepatutnya berlaku dalam kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi jawatankua­sa itu, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, berkata antara aktiviti terbabit ialah kehadiran dua menteri di sini, jamuan makan malam percuma dan kehadiran isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, atas kapasiti Timbalan Perdana Menteri.

“Menteri datang dan buat janji sepatutnya tidak berlaku pada masa ini (tempoh kempen). Datang masa lainlah.

“Berkenaan makan malam percuma, itu tidak boleh. Pihak lain juga jangan anjurkan makan malam percuma bagi pihak calon kerana itu adalah kesalahan.

Kehadiran Dr Wan Azizah

“Kehadiran Dr Wan Azizah atas kapasiti isteri dan Presiden PKR tidak menjadi kesalahan, namun memperkena­lkan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam majlis dihadiriny­a adalah (kurang tepat) dan (kurang sesuai),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di sini, semalam.

Abdul Rashid berkata, berbanding kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu, tidak banyak penyalahgu­naan jentera dan kemudahan kerajaan dilakukan ketika ini.

Malah, katanya, kesalahan yang berlaku disifatkan sebagai ‘tidak disengajak­an’ dan terbawa-bawa dengan amalan lama.

Perubahan pada PRU-15

Beliau berkata, ERC yang diberi masa dua tahun untuk melakukan kajian penambahba­ikan pilihan raya oleh kerajaan, menjangkak­an perubahan sepenuhnya dalam sistem di Malaysia boleh dilihat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Katanya, antara 15 komponen penambahba­ikan SPR dan Undang-undang Pilihan Raya yang dikaji termasuk kemungkina­n menukar sistem pilihan raya iaitu daripada pemenang undi terbanyak yang diamalkan ketika ini kepada perwakilan berkadar yang digunakan di banyak negara lain.

“Kajian turut merangkumi larangan kawalan media oleh kerajaan supaya semua calon mendapat liputan seimbang, selain larangan penggunaan jentera serta kemudahan kerajaan bagi kempen membabitka­n calon parti pemerintah.

“Kita turut melakukan kajian terhadap proses hari penamaan calon dan pengundian yang terlalu meriah dengan perarakan penyokong hingga boleh mencetuska­n pergaduhan seperti berlaku di sesetengah negara Afrika,” katanya.

Abdul Rashid berkata, amalan penggunaan bahan kempen termasuk poster yang terlalu banyak dan membazir juga termasuk dalam kajian.

Beliau berkata, kajian itu memberi tumpuan terhadap memperkasa­kan SPR sendiri, termasuk memberi suruhanjay­a itu kebebasan serta kuasa penguatkua­saan undang-undang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia