Berita Harian

Pengalaman kempen ubah kehidupan, pemikiran Chan

-

Port Dickson: Pengalaman memasuki dunia politik dengan menawarkan diri menjadi calon Bebas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, banyak mengajar Stevie Chan menjadi lebih matang dan berfikir di luar kotak.

Chan turut gembira dan berpuas hati kerana pengorbana­n serta usahanya selama dua minggu berbaloi apabila ramai mengenalin­ya seperti calon lain.

“Tempoh kempen ini bermakna bagi saya bukan hanya kerana menjadi calon, tetapi penduduk menyambut baik kehadiran saya walaupun saya orang luar.

“Saya gembira kerana orang PD menerima saya dengan hati terbuka biarpun saya bukan calon tempatan.

“Sudah pasti saya akan menepati janji jika dipilih mewakili penduduk di sini,” katanya yang berhasrat berpindah ke sini jika bergelar Ahli Parlimen Port Dickson.

Lebih sensitif isu rakyat

Berkongsi pengalaman berkempen, Chan berkata, ia banyak mengubah kehidupan dan pemikirann­ya sebelum ini yang lebih bersifat peribadi kepada mahu membantu rakyat melakukan perubahan.

“Secara fizikalnya tidak terlalu penat berkempen, tetapi banyak perubahan dalam cara pemikiran saya. Saya lebih sensitif kepada isu dan permasalah­an rakyat serta menjadi pendengar yang lebih baik.

“Apabila mereka luahkan masalah, saya mula fikirkan cara penyelesai­an dan apa boleh saya buat seperti mana yang biasa dilakukan oleh seorang wakil rakyat,” katanya.

Beliau tidak akan berkecil hati sekiranya tidak dipilih kerana keputusann­ya bertanding mahu meneruskan agenda Pakatan Harapan (PH) dan menolak politik lama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia