Berita Harian

‘Jangan kecewakan saya’

Isa yakin 13,000 ahli UMNO kategori pengundi putih berpihak kepadanya

-

Calon Bebas, Tan Sri Mohd Isa Samad, yakin sebahagian besar daripada kira-kira 13,000 ahli UMNO bahagian Port Dickson berada dalam kategori ‘pengundi putih’ yang berpihak kepadanya.

Mohd Isa yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang (kini Port Dickson), berharap mereka akan keluar awal ke tempat mengundi hari ini bagi mengelak terperangk­ap dalam hujan lebat.

“UMNO ada kira-kira 13,000 ahli dengan sebahagian besar mereka mengenali dan menyokong saya.

“Mereka tahu saya bertanding sebagai calon Bebas dan saya harap mereka akan terus menyokong saya.

“Saya tidak berasa tertekan kerana ini kali ke-10 saya bertanding pada pilihan raya, namun mengharapk­an pengundi keluar awal kerana hujan lebat setiap petang sejak beberapa hari lalu mungkin menjadi punca orang tidak pergi mengundi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika lawatan ke sebuah rumah di Taman Politeknik di sini, semalam.

Letak harapan kepada ahli UMNO

Mohd Isa menentang calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar (PAS) dan empat lagi calon Bebas termasuk bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ditanya sama ada kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, kelmarin, yang menjelaska­n parti itu tidak menghalang ahli untuk mengundi, Mohd Isa menegaskan tidak mengambil berat kenyataan berkenaan.

“Kenyataan beliau berbelitbe­lit sejak awal, saya tak peduli sangat. Tetapi saya meletakkan harapan kepada ahli UMNO di sini yang sudah lama mengenali saya,” katanya.

Mohd Isa tidak hanya meletakkan sasaran untuk mendapatka­n semula deposit, sebaliknya mahu memenangi PRK ini.

“Saya tidak mempunyai kumpulan khas untuk mengkaji prestasi dan kedudukan saya, tetapi berdasarka­n perasaan saya, insya-allah orang Port Dickson tidak akan kecewakan saya,” katanya.

 ?? [FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA/BH] ?? Isa beramah mesra dengan penduduk di Taman Politeknik, Pasir Panjang, semalam.
[FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA/BH] Isa beramah mesra dengan penduduk di Taman Politeknik, Pasir Panjang, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia