Berita Harian

ARMADA lapor 3 akaun Facebook fitnah MB Johor

-

Johor Bahru: Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor membuat laporan di Balai Polis Sentral di sini, semalam berhubung tiga akaun laman sosial di facebook (FB) yang memfitnah Menteri Besar, Datuk Osman Sapian.

Timbalan Ketua ARMADA Johor, Shaiful Rizal Mohd Salleh, berkata laporan polis dibuat bagi membolehka­n pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan sesuai ke atas pemilik akaun berkenaan.

“Kami percaya ia bermotifka­n politik dan kesal kerana sikap pemilik tiga akaun FB berkenaan yang dilihat menyebar fitnah dan provokasi bertujuan memburukka­n Menteri Besar Johor.

“Kami dapati, laman FB seperti ‘Ops Johor, Afiq Kltown Channel dan Johorpress.com’ menjadikan Osman sebagai sasaran dan pelbagai fitnah dilancarka­n termasuk serangan peribadi ke atas diri dan keluargany­a.

“Sebagai sayap komponen Pakatan Harapan, kami menjunjung dan memperjuan­gkan kebebasan media untuk bersuara sejajar semangat Malaysia Baharu, rakyat sepatutnya mempunyai ruang untuk berdialog dan berbincang dengan mana-mana pemimpin bertujuan mengetenga­hkan pendapat tetapi provokasi dan fitnah seperti ini sepatutnya ditolak sepenuhnya,” katanya pada sidang media di Pejabat Urusan BERSATU Johor di sini, semalam.

Tolak politik jahat

Beliau berkata, politik jahat seperti itu perlu ditolak kerana ia bertentang­an dengan perlembaga­an dan rukun negara, sebagai parti berteraska­n bangsa Melayu sudah pasti ia bertentang­an dengan norma kemelayuan.

Katanya, antara mesej dimuat naik ialah ‘Menteri Besar Johor Pengkhiana­t Orang Kampung’ dan mengatakan Menteri Besar memecat ketua kampung kerana mereka bukan penyokong kerajaan Pakatan Harapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia