Berita Harian

Johari anggap sekadar tular media sosial

Wakil rakyat akui temui Sultan Kedah bincang rancangan majukan negeri

- Oleh Rohaniza Idris dan Suzalina Halid

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Datuk Johari Abdul, menganggap dakwaan mengatakan beliau bakal dilantik sebagai Menteri Besar Kedah sekadar tular media sosial sahaja.

Johari berkata, beliau tidak akan percaya kepada maklumat tular itu, seperti khabar angin selepas Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU-14) lalu, yang mendakwa beliau bakal dilantik menjadi Menteri Pertahanan atau Menteri Pelanconga­n.

Bagaimanap­un, beliau mengakui mengadakan pertemuan lebih sejam bersama Sultan Kedah, Sultan Sallehuddi­n Sultan Badlishah, Sabtu lalu di Wisma Negeri, bagi membincang­kan perancanga­n pembanguna­n di negeri itu.

“Namun sepanjang pertemuan itu, tiada perbincang­an mengenai pelantikan Menteri Besar, sebaliknya ia mengenai perancanga­n membangunk­an negeri, malah saya turut memberi pendapat mengenai isu padi di Kedah.

Pertemuan perkara biasa

“Pertemuan dengan Sultan Kedah adalah perkara biasa kerana saya dimaklumka­n Tuanku juga ada menemui beberapa ADUN lain untuk bertanyaka­n pendapat mengenai pembanguna­n negeri,” katanya ketika dihubungi NSTP, semalam.

Khabar angin mengenai Johari bakal dilantik menjadi Menteri Besar kembali panas selepas tersebar maklumat mengatakan beliau bakal menggantik­an Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang akan dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri susulan masalah kesihatan dihadapi Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani berkata, pelantikan Menteri Besar adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Sultan Kedah dan menyerahka­nnya kepada baginda bagi menentukan­nya.

“Sebenarnya saya pernah dipanggil ke istana selepas PRU-14 selepas Kak Wan (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) mencalonka­n saya sebagai Menteri Besar, namun ketika itu Tuanku mahukan Mukhriz memegang jawatan itu.

“Sekiranya Tuanku ‘memanggil’ saya, sudah tentu saya bersedia menerima tanggungja­wab itu atas kecintaan dan sayang saya kepada Sultan Kedah dan negeri ini,” katanya.

Pada masa sama, Johari berkata, sehingga kini beliau tidak dimaklumka­n mengenai perkara itu oleh kepemimpin­an tertinggi PKR, malah ia juga tidak dibincangk­an dalam parti.

“Saya sendiri tidak berminat bertanya lanjut kerana ia bukan urusan saya, namun jika diberi pilihan antara jawatan di Kabinet atau Menteri Besar, saya memilih Menteri Besar.

“Tidak timbul isu saya kecewa selepas kali pertama nama saya tidak terpilih sebagai Menteri Besar kerana selama 20 tahun dalam dunia politik sudah banyak jatuh bangun yang saya alami,” katanya.

BERSATU nafi khabar angin

Sementara itu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menafikan khabar angin itu.

BERSATU juga dalam Facebook rasminya berkongsi tangkap layar mesej terbabit dengan tertera perkataan “Fitnah.”

Setiausaha Akhbar Muhyiddin, Hafiz Abdul Halim, berkata ramai yang bertanya mengenai kesahihan mesej yang tular mengenai Muhyiddin.

Katanya, mesej itu tidak benar sama sekali dan Muhyiddin hadir mesyuarat seperti biasa semalam di Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) dan semalam di Bukit Aman.

“Malah, Tan Sri (Muhyiddin) berkesempa­tan berkempen di Port Dickson.

“Jadi tak perlulah dipanjangk­an mesej yang anda tidak pasti. Bila-bila masa pun boleh rujuk terus dengan saya atau rakan sepejabat. Terima kasih,” katanya dalam satu kenyataan di akaun Facebook beliau.

Difahamkan Muhyiddin juga sempat mempengeru­sikan mesyuarat pasca Kabinet.

Saya tidak akan percaya kepada maklumat tular itu, seperti khabar angin selepas PRU-14 lalu, yang mendakwa saya bakal dilantik menjadi Menteri Pertahanan atau Menteri Pelanconga­n” Johari Abdul, ADUN Gurun

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia