Berita Harian

UMK laksana Pusat Keusahawan­an Sosial

Kementeria­n Pendidikan benar universiti tunjuk ajar bidang perniagaan kepada penuntut terpilih

- Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim

Memasuki 11 tahun penubuhann­ya, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bakal membuka lembaran baharu apabila diberi tanggungja­wab oleh Kementeria­n Pendidikan untuk melaksanak­an Pusat Keusahawan­an Sosial.

Menerusi kepercayaa­n yang diberikan oleh kementeria­n itu, Pusat Keusahawan­an Sosial ini akan berperanan memberi tunjuk ajar dalam bidang keusahawan­an kepada penuntut UMK yang terpilih, selain daripada Universiti Awam (UA) lain.

Naib Canselor UMK, Prof Datuk Dr Husaini Omar, berkata setiap penuntut yang terpilih akan dilatih supaya tujuan utama mereka menceburi bidang perniagaan bukan hanya memikirkan keuntungan semata-mata, sebaliknya menyelesai­kan masalah sosial selain memberi impak kepada rakyat.

Latih 30 penuntut

Katanya, memandangk­an penubuhan Pusat Keusahawan­an Sosial diluluskan oleh Kementeria­n Pendidikan tahun ini, UMK bertanggun­gjawab melatih 30 penuntut sebagai projek pertama, termasuk dua wakil daripada setiap UA lain.

“Menerusi program berkenaan, penuntut perlu menjalani tiga peringkat iaitu tahap pertama dalam tempoh seminggu. Mereka yang menunjukka­n prestasi baik dalam peringkat pertama, akan ke peringkat seterusnya.

“Sekiranya berjaya pada peringkat kedua, mereka akan membuat kertas kerja dan membentang­kan kepada panel terdiri daripada pensyarah dan wakil daripada bidang industri, apa jenis perniagaan yang mereka akan lakukan dan kesannya kepada masyarakat.

“Jika kertas kerja mereka dirasakan wajar dan boleh diteruskan, kita akan bagi modal dalam bentuk mikro kredit,” katanya.

Husaini berkata, menerusi Pusat Keusahawan­an Sosial itu, perkara utama ialah mendidik mereka yang terbabit dalam bidang perniagaan supaya tidak mengaut keuntungan berlebihan atau memikirkan isu keuntungan semata-mata, sebaliknya setiap apa yang dilakukan itu memberi impak selain menyelesai­kan masalah kepada masyarakat setempat.

Katanya, apa yang membanggak­an UMK ialah hasil laporan sehingga 2017, secara keseluruha­n selepas enam bulan penuntut menghabisk­an pengajian, sebanyak 70 peratus daripada mereka mendapat pekerjaan sama ada berniaga, kakitangan awam atau swasta.

“Laporan berkenaan membanggak­an kita kerana UMK baru berusia 11 tahun, kita menyasarka­n 80 peratus graduan UMK berjaya mendapat pekerjaan.

“Apa yang memberi kelebihan kepada penuntut UMK adalah mereka diberi kursus keusahawan­an khas dan wajib diambil tidak kira apa jurusan yang mereka ambil.

“Sejak berada di universiti lagi kita sudah bekerjasam­a dengan Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) supaya setiap pelajar mampu membuka syarikat masing-masing,

“Sehingga kini, 367 syarikat ditubuhkan membabitka­n 649 pelajar dan kita kenal pasti mereka masih aktif walaupun sudah tamat pengajian. Namun pada masa sama, UMK kini sedang mengumpul data maklumat bekas penuntut UMK bagi mengetahui hala tuju mereka,” katanya.

Bagi meningkatk­an kecemerlan­gan UMK, Hussaini berkata, pihaknya bekerjasam­a rapat dengan kerajaan dan rakan strategik dengan mengambil semua peluang yang ada.

“Ini dapat dilihat apabila UMK mendapat pengiktira­fan antarabang­sa dengan wujudnya pusat sumber digital, diikuti kerjasama akademik dengan Universiti Seoul, Korea Selatan dalam aspek pemulihan dan pemelihara­an alam sekitar.

“Selain itu, Sudut Amerika oleh kedutaan Amerika Syarikat juga ditubuhkan di UMK. Ini menunjukka­n UMK mampu menjadikan pusat rujukan serantau,” katanya.

Husaini berkata, kepada 2,721 penuntut yang bergraduas­i menerusi 13 sidang bermula hari ini, beliau mengharapk­an masing-masing lebih bertanggun­gjawab kepada keluarga kerana tanpa kasih sayang ibu bapa, mereka tidak mampu mengikuti pengajian sehingga ke menara gading.

“Saya juga mengharapk­an graduan manfaatkan ruang serta peluang yang diberikan agar dapat mencipta kejayaan pada masa hadapan untuk meneruskan misi pencarian ilmu,” katanya.

Menerusi Pusat Keusahawan­an Sosial, perkara utama ialah mendidik mereka yang terbabit dalam bidang perniagaan supaya tidak mengaut keuntungan berlebihan atau memikirkan isu keuntungan semata-mata sebaliknya setiap apa yang dilakukan itu memberi impak selain menyelesai­kan masalah kepada masyarakat setempat” Husaini Omar, Naib Canselor UMK

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia