Berita Harian

Tidak perlu tubuh badan profesiona­l baharu: Pakar

-

Kuala Lumpur: Kerajaan tidak perlu mewujudkan badan profesiona­l baharu untuk memantau dan mengambil tindakan terhadap pemandu kenderaan berat yang melanggar peraturan jalan raya.

Tugas itu boleh dijalankan secara berkesan oleh agensi kerajaan sedia ada seperti Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bekas Pengarah Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya (MIROS), Profesor Dr Wong Shaw Voon, berkata apa yang perlu dilakukan adalah memperkuku­hkan kerjasama antara jabatan terbabit bagi memastikan penguatkua­saan dapat dipertingk­atkan dan dijalankan secara berterusan serta sistematik.

“Agensi kena nilai kecekapan, kecergasan pemandu secara berterusan kerana itu bukan alasan untuk culas walaupun mereka sudah memiliki lesen.

Amalan pemanduan selamat

“Tingkah laku, tabiat dan rekod kesalahan pemandu juga perlu diberi perhatian supaya amalan pemanduan selamat dapat dikekalkan, sekali gus meminimumk­an risiko kematian pengguna jalan raya akibat kemalangan membabitka­n kenderaan berat.

“Pemantauan secara sistematik adalah sangat penting terhadap pemandu kenderaan berat, komersial atau persendiri­an,” katanya ketika dihubungi NSTP, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada badan profesiona­l baharu wajar diwujudkan bagi memantau sikap pemandu kenderaan berat yang sering kali menjadi penyebab kemalangan jalan raya. Mengulas lanjut, beliau berkata, sistem demerit yang dilancarka­n Sistem Keselamata­n Kesedaran Automatik (AWAS) juga adalah satu kaedah yang digunakan bagi mengekang sikap pemanduan tidak berhemah, terutamany­a dalam kalangan pemandu kenderaan berat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia